Merangka Strategi Baharu Untuk Masa Depan Bisnes: FunnelEvo X SifuBads

Segala puji dan syukur kepada Allah atas setiap peluang, perjalanan dan pertemuan yang diatur dengan penuh hikmah. Dalam dunia bisnes, manusia merancang sebaik mungkin, berusaha dengan segala kemampuan, namun akhirnya kita sedar bahawa setiap langkah yang terjadi adalah dalam aturan-Nya.

Dengan penuh rasa syukur, FunnelEvo Group of Companies secara rasmi memeterai Memorandum of Understanding (MOU) bersama Sifu Jamal sebagai langkah strategik dalam memperkukuh usaha membantu lebih ramai syarikat dan usahawan berkembang dalam dunia perniagaan yang semakin mencabar.

Hari ini kita dapat melihat satu realiti dalam dunia bisnes.

Banyak syarikat dan jenama yang suatu ketika dahulu berada di puncak kejayaan, kini mula kehilangan momentum. Ada yang hilang arah dalam menghadapi perubahan pasaran. Ada yang tidak lagi relevan dengan landskap perniagaan yang semakin pantas berubah. Dan ada juga yang sebenarnya masih mempunyai kekuatan, tetapi memerlukan strategi baharu untuk kembali bangkit.

Sebagai sebuah organisasi yang memberi fokus kepada pembangunan usahawan dan pertumbuhan bisnes, FunnelEvo melihat perkara ini sebagai satu tanggungjawab besar.

Kami bukan sahaja mahu membantu bisnes yang baru bermula, tetapi juga membantu jenama-jenama yang pernah kuat untuk membina semula kekuatan mereka, menstruktur semula strategi dan kembali relevan dalam pasaran.

Di sinilah lahirnya kolaborasi ini.

Sifu Jamal dikenali sebagai individu yang mempunyai kepakaran dalam branding dan pembinaan identiti jenama, membantu banyak syarikat memahami bagaimana untuk membina pengaruh yang kuat serta mencipta kedudukan yang jelas dalam pasaran.

Apabila kepakaran tersebut digabungkan dengan kekuatan FunnelEvo dalam strategi pertumbuhan bisnes, sistem pemasaran dan pembangunan organisasi, kami percaya lebih banyak syarikat akan mendapat manfaat serta peluang untuk diberikan nafas baharu bagi membina semula momentum mereka.

Kerjasama ini bukan sekadar satu dokumen MOU.

Ia adalah satu komitmen untuk membantu lebih banyak syarikat dan usahawan bangkit semula, memperkukuh jenama mereka dan terus berkembang dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah.

Semoga usaha ini menjadi asbab kepada lebih banyak kejayaan yang akan dilahirkan pada masa hadapan.

FunnelEvo Group of Companies

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !