Leads masuk ke WhatsApp, tapi semuanya senyap. Blue tick je nampak — tapi tak ada balasan. Situasi ini biasa berlaku, dan kalau dibiarkan, rugi besar.

Jangan cepat putus asa. Dalam dunia jualan hari ini, response pertama bukan penentu, tapi strategi follow-up yang bijak akan tentukan sama ada prospek akan engage… atau terus hilang.
Berikut strategi praktikal untuk bantu anda dapatkan respon walaupun lepas “blue tick”:
1. Jangan harap 100% pada AI / auto-reply.
Auto-reply penting untuk respon awal, tapi jangan biarkan robot saja yang buat kerja.
Selepas 1 jam, pastikan team follow-up secara manual.
Contoh mesej:
“Puan ada lihat link kami semalam, ada sebarang pertanyaan lanjut?”
➡️ Ini tanda bahawa ada manusia yang benar-benar ambil berat, bukan sekadar sistem.
2. Guna pendekatan empati, bukan terus menjual.
Jangan ajak booking atau beli terus dalam mesej pertama follow-up.
➡️ Mulakan dengan memahami latar belakang mereka.
Contoh mesej:
“Kalau puan tak keberatan, boleh saya tahu sejak bila puan alami masalah ni? Pernah cuba rawatan di tempat lain sebelum ni?”
Soalan seperti ini bukan saja menunjukkan keprihatinan, tapi bantu bina kepercayaan dan membuka pintu komunikasi.
3. Bina hubungan sebelum ‘hard selling’.
Prospek akan lebih mudah respons bila mereka rasa dihargai, bukan ‘diburu’.
Guna pendekatan fact finding:
- Masalah apa yang sedang dihadapi?
- Sudah cuba solusi apa?
- Apa yang mereka harapkan?
Daripada situ, anda boleh beri cadangan yang lebih tepat — dan prospek akan lebih terbuka untuk ambil tindakan.
4. Kenapa mereka ‘blue tick’ tapi tak balas?
Fahamkan juga kenapa ini berlaku:
- Mereka sibuk atau terganggu.
- Belum rasa urgent.
- Masih ragu-ragu atau takut komitmen.
Jadi, tugas anda ialah bantu prospek nampak nilai sebenar solusi anda, bukan paksa mereka buat keputusan cepat.
5. Contoh Skrip Follow-Up (Selepas 24 jam):
“Puan, saya harap puan sihat. Saya perasan puan ada lihat mesej kami semalam. Kalau puan ada sebarang persoalan atau masih fikir-fikir, saya sedia bantu bila-bila masa.”
➡️ Ringkas, sopan dan memberi ruang. Kadang-kadang, follow-up ke-2 atau ke-3 baru mereka mula respon.
Ingat, kebanyakan pelanggan hari ini tidak terus beli. Tapi mereka akan beli dari siapa yang sabar, konsisten dan empati dalam komunikasi.
“Blue tick” bukan penolakan. Ia hanyalah permulaan. Cara kita follow-up akan tentukan sama ada mereka kekal sebagai ‘seen’ — atau berubah jadi ‘close deal’.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!