Nama saya Yasin Yunaris, founder kepada Labbaik Travel. Sebelum saya berada dalam dunia bisnes, saya merupakan seorang imam masjid. Latar belakang saya bukan datang daripada dunia korporat atau sales. Tetapi saya percaya, setiap orang ada jalan perjuangan masing-masing.
Saya mula berniaga seawal umur 23 tahun ketika menjadi pengurus cawangan Andalusia di Lahad Datu. Dari situ, saya mula belajar bahawa bisnes bukan sekadar menjual. Bisnes adalah amanah, tanggungjawab dan satu jalan untuk bantu lebih ramai orang.
Sebab utama saya mula berniaga adalah kerana saya mahu membantu ramai orang menunaikan umrah. Dalam masa yang sama, saya juga mahu menyara keluarga dan membina kehidupan yang lebih baik.
Produk pertama yang saya pernah jual adalah Amway, iaitu produk suplemen. Pada waktu itu, saya belajar bermula dari bawah. Saya pasarkan produk melalui TikTok dan kenalan terdekat. Dari situ saya mula faham bahawa dalam bisnes, kita perlu berani mencuba walaupun belum sempurna.
Antara pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan adalah ketika membawa jemaah umrah bersama Da’i Izzhar. Jumlah jemaah ketika itu tidak terlalu ramai, tetapi suasananya sangat rapat. Kami rasa seperti satu keluarga. Pengalaman itu mengingatkan saya kenapa saya memilih bidang travel dan umrah ini dari awal.
Namun, perjalanan hidup saya tidak semuanya mudah.
Semasa belajar tahfiz dahulu, saya pernah melalui fasa yang sangat mencabar. Saya mengalami anxiety dan susah tidur malam selama lebih kurang 6 bulan. Ia bukan pengalaman yang mudah, tetapi dari situ saya belajar untuk lebih kuat, lebih sabar dan lebih bergantung kepada Allah.
Dalam bisnes pula, antara risiko terbesar yang pernah saya ambil adalah melantik duta sebagai muka depan Labbaik Travel, iaitu Da’i Izzhar. Keputusan itu bukan keputusan kecil, tetapi saya percaya dalam bisnes kita perlu berani ambil langkah besar jika mahu jenama kita pergi lebih jauh.
Alhamdulillah, setakat tahun 2026, Labbaik Travel sudah mencapai sekitar 74% daripada keseluruhan jualan tahun sebelumnya. Bagi kami, ini menjadi tanda bahawa bisnes ini masih ada permintaan, masih ada ruang untuk berkembang dan masih boleh pergi lebih jauh dengan strategi yang lebih tersusun.
Selepas saya menyertai Mastermind di FunnelEvo APEX Consulting, saya mula nampak bahawa bisnes tidak boleh bergantung kepada semangat sahaja. FunnelEvo banyak mengajar saya dari sudut pengurusan bisnes, pengurusan staff dan cara melihat operasi dengan lebih tersusun.
Untuk sales, kami masih mencari rentak yang lebih kuat. Tetapi dari segi mindset, struktur dan cara mengurus bisnes, banyak perkara yang mula berubah. Saya semakin sedar bahawa untuk bisnes bertahan lama, founder perlu sentiasa belajar dan bersedia untuk berubah.
Bagi saya, ilmu digital sangat penting untuk usahawan hari ini.
Mereka yang masih terlalu berpegang dengan cara lama akan jadi seperti kes Nokia. Dulu mereka sangat kuat, tetapi kerana terlalu selesa dan lambat adapt dengan perubahan, akhirnya mereka jauh ketinggalan dengan pesaing.
Begitu juga dalam bisnes.
Kalau kita tidak cepat belajar ilmu digital, pesaing akan mendahului kita. Dunia berubah dengan laju. Cara pelanggan mencari maklumat, membuat keputusan dan membeli juga sudah berubah.
Sebab itu, sebagai usahawan, kita tidak boleh berhenti belajar.
Bisnes bukan hanya tentang produk yang bagus. Bisnes juga tentang bagaimana kita urus team, bina sistem, gunakan digital dan terus bergerak mengikut zaman.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
