Program Pemimpin Berkesan ini dicadangkan khusus untuk mendalami ilmu praktikal untuk pengurusan tertinggi dengan memupuk rasa kepunyaan (sense of belonging) kepada pasukan di tempat kerja dan ikatan pasukan yang produktif (team bonding). Adalah sukar sekiranya pasukan/kakitangan terlalu sibuk bekerja dengan hanya memfokuskan sasaran jualan/KPI mereka sahaja.
Dengan aktiviti kepimpinan ini ia dapat membantu pemimpin organisasi menghasilkan pasukan berkualiti dan produktif. Oleh itu dengan membina dan membangunkan pasukan/kakitangan ia membantu organisasi untuk membawa pasukan sama-sama bergerak dan meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.
Kali ini kami bawakan modul dengan teknik dari Jepun yang menyebabkan pemimpin dalam organisasi boleh berjaya dengan cepat. Dalam program ini, tiga (3) teknik dari Jepun untuk pemimpin cari dan kuasai potensi diri mereka yang sebenar dan berjaya capai matlamat dan objektif dalam kepimpinan.
Perlaksanaan program ini membuka peluang dan ruang untuk membantu pasukan dalam mengukuhkan, memulih dan membina pasukan yang berkualiti.
Program ini menerapkan 3 elemen utama yang merangkumi:
v People
Pembinaan kumpulan bermula pemilihan orang yang betul ke dalam pasukan. Orang betul adalah ahli kumpulan yang mempunyai sikap, kemahiran dan personaliti sesuai mengikut posisi yang ditugaskan.
v Budaya
Dalam membina team yang produktif, budaya adalah kunci utama kepada kejayaan sesebuah kumpulan. Dengan budaya yang produktif, setiap ahli kumpulan akan memainkan peranan semaksimum mungkin dalam setiap tugasan yang ditetapkan.
v Leadership
Kepimpinan penting dalam pembentukan supaya dapat satukan ahli-ahli kumpulan ke arah hala tuju yang sama dalam memastikan organisasi kekal berdaya saing.
Apa Yang Akan Diperoleh Para Peserta:
ü Membina kredibiliti sebagai pemimpin dalam pasukan dan organisasi.
ü Meningkatkan keupayaan kepimpinan.
ü Meningkatkan pemikiran strategik.
ü Meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan dan keupayaan mengambil tindakan.
ü Memberi pendedahan terhadap penyediaan pelan tindakan bagi menghasilkan peningkatan berterusan.
Hasil Pembelajaran:
ü Peserta dapat membuat sesi booster yang mendorong pasukan atau kakitangan yang produktif
ü Peserta dapat meningkatkan dan membangunkan kemahiran sebagai pemimpin
ü Peserta dapat mengenalpasti dan membangunkan karakter diri sebagai pemimpin pasukan yang berpengaruh di kalangan pasukan
ü Peserta dapat membentuk perspektif yang lebih luas dan bersepadu dalam pemikiran mereka dan berkomunikasi dengan lebih yakin dengan orang lain.
Apakah Kelebihan Kursus Ini:
ü Bengkel ini dikendalikan oleh penceramah yang pakar dalam pengurusan manusia. Kursus ini menekankan 80 peratus praktikal dan 20 peratus teori.
ü Jurulatih berpengalaman dalam kepimpinan organisasi dan pengurusan pasukan. Ini menjadi nilai tambah kepada peserta dalam bengkel.
ü Result orientation yang tinggi ditekankan berdasarkan keperluan penganjur apabila diperlukan melalui saranan selepas bengkel
Galeri