Kursus AI Malaysia Untuk Staf Pejabat, Eksekutif dan Pengurus
Program Kursus AI di Tempat Kerja ini direka khas untuk membantu organisasi meningkatkan produktiviti kerja melalui penggunaan Artificial Intelligence (AI) secara praktikal dan beretika.
Program ini juga merupakan HRDF Claimable di bawah Skim SBL Khas, sesuai untuk organisasi yang ingin melatih kakitangan mereka menguasai kemahiran AI bagi meningkatkan kecekapan kerja.
Dalam persekitaran pejabat hari ini, kebanyakan staf berhadapan dengan pelbagai tugasan seperti mengurus e-mel, menyediakan laporan, menghadiri mesyuarat dan menyediakan pembentangan dalam tempoh masa yang singkat.
Dengan penggunaan sistem Generative AI, banyak tugasan rutin boleh dipermudahkan. AI mampu membantu staf:
Menulis dan menyusun e-mel profesional
Meringkaskan dokumen panjang
Menghasilkan laporan dengan lebih pantas
Menyediakan slaid pembentangan
Menjana idea kandungan dan analisis maklumat
Namun begitu, penggunaan AI di tempat kerja perlu dilakukan dengan panduan yang betul, etika penggunaan yang jelas serta pematuhan kepada dasar organisasi seperti PDPA.
Oleh itu, Kursus AI untuk Pejabat ini dibangunkan bagi membantu kakitangan memahami cara menggunakan AI secara profesional tanpa menjejaskan integriti organisasi.
Dalam membina team yang produktif, budaya aras tinggi dalam penyampaian komunikasi adalah kunci utama kepada kejayaan sesebuah organisasi. Dengan budaya yang produktif, setiap kakitangan akan memainkan peranan semaksimum mungkin dalam setiap tugasan yang diarahkan.
Transformasi Digital dan Kepentingan AI Dalam Organisasi
Seiring dengan perkembangan teknologi dan transformasi digital, Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) kini menjadi antara pemacu utama dalam meningkatkan:
produktiviti kerja
kecekapan operasi
kualiti penyampaian tugas
Penggunaan Generative AI seperti ChatGPT dan Google Gemini semakin menjadi norma dalam organisasi moden bagi membantu pekerja menyelesaikan tugasan dengan lebih pantas dan strategik.
Oleh sebab itu, banyak organisasi kini mula melatih tenaga kerja mereka untuk menguasai kemahiran AI sebagai kemahiran masa hadapan (future skills).
Apa Yang Akan Diperoleh Para Peserta:
Asas Artificial Intelligence (AI) dan Generative AI dalam konteks tempat kerja
Cara membina prompt yang berkesan untuk mendapatkan hasil terbaik daripada AI
Teknik menggunakan AI untuk menghasilkan kandungan seperti:
- E-mel profesional
Laporan kerja
Slaid pembentangan
Terjemahan dokumen
Idea kandungan media sosial
Selain itu, kursus ini juga membantu membina budaya kerja yang lebih produktif, cekap dan inovatif melalui penggunaan AI secara beretika dan bertanggungjawab.
Hasil Pembelajaran:
Memahami konsep asas Artificial Intelligence dan Generative AI dalam organisasi
Membina prompt profesional dan strategik untuk tugasan kerja
Menghasilkan e-mel, laporan dan slaid pembentangan dengan lebih pantas
Menggunakan AI untuk analisis maklumat dan penjanaan idea
Mengaplikasikan AI secara beretika selaras dengan dasar organisasi
Menjimatkan masa kerja sehingga 30% – 50% bagi tugasan berulang (repetitive task)
Apakah Kelebihan Kursus Ini:
Organisasi yang ingin melatih kakitangan mereka menguasai kemahiran AI boleh menyertai Program Kursus AI di Tempat Kerja ini yang direka khas untuk meningkatkan kecekapan kerja menggunakan teknologi terkini.
Program ini juga HRDF Claimable di bawah Skim SBL Khas.
Isi maklumat lanjut di bawah mengenai tarikh program, modul latihan dan pelaksanaan kursus untuk organisasi anda
AS SEEN ON
CORPORATE TRAINING
Dapatkan Proposal Percuma Sekarang!
Step 1
Pilih kursus untuk organisasi anda
Step 2
Isikan maklumat organisasi anda dan maklumat program yang ingin anda anjurkan
Step 3
Klik “DAPATKAN PROPOSAL SEKARANG”
Step 4
Kami akan menghantar proposal dalam tempoh masa 3 hari waktu bekerja
