Ramai pemilik bisnes terlepas pandang bahawa renovasi pejabat bukan sekadar untuk keselesaan—ia juga boleh beri kelebihan dari sudut cukai. Tapi awas, tidak semua kos renovation layak ditolak cukai. Jom faham cara yang betul!
1. Renovasi di Bawah RM10,000 – Layak Sebagai Perbelanjaan Operasi.
Jika jumlah kos renovasi pejabat adalah kurang daripada RM10,000, ia boleh dianggap sebagai perbelanjaan operasi. Ini bermakna ia boleh ditolak sepenuhnya daripada cukai pendapatan syarikat pada tahun kewangan yang sama.
Contoh:
– Pembaikan dinding rosak
– Mengecat pejabat
– Tukar lampu atau kipas
2. Kos Melebihi RM10,000 – Dikira Sebagai Aset.
Sekiranya kos renovation melebihi RM10,000, atau melibatkan pembelian/perubahan kekal (seperti memasang lantai baru, partition kekal, sistem pendingin hawa, dsb), maka ia perlu diklasifikasikan sebagai aset tetap (capital expenditure).
Perbelanjaan ini tidak boleh ditolak terus, tetapi boleh ditolak secara ansuran melalui Elaun Modal (Capital Allowance) setiap tahun.
3. Renovasi Perlu Dirancang Bersama Cash Flow.
Walaupun renovasi boleh beri manfaat jangka panjang, ia tetap melibatkan kos tunai. Pastikan aliran tunai syarikat stabil dan mencukupi supaya operasi perniagaan tidak terganggu. Renovasi tanpa perancangan kewangan yang betul boleh menyebabkan tekanan modal kerja.
4. Simpan Rekod Dengan Teliti.
Pastikan semua resit, invois, dan perjanjian dengan kontraktor disimpan dengan baik. Ini penting untuk tujuan audit dan semakan semasa penyediaan laporan cukai tahunan.
5. Rujuk Akauntan atau Konsultan Cukai.
Setiap kes mungkin berbeza bergantung pada jenis renovation dan struktur syarikat. Untuk lebih kepastian, dapatkan pandangan profesional sebelum membuat keputusan perbelanjaan besar.
Renovasi pejabat bukan sahaja menambah nilai tempat kerja, tetapi juga boleh dimanfaatkan dari sudut percukaian—dengan syarat ia diurus dan diklasifikasikan dengan betul. Urus perbelanjaan dengan bijak, dan nikmati manfaatnya!

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Nak Bisnes Anda Terus Berkembang? FunnelEvo Ada Jawapannya!
Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!
Apa yang anda dapat?
- Sesi Business Review PERCUMA!
- Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
- Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.
Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!