Kos Marketing Jimat & Untung Makin Berganda Dengan #Database.. Fakta Atau Mitos?

Ok, ramai sebenarnya yang ajukan soalan ini kepada saya..

Jadi, saya nak jawab dalam bentuk contoh dibawah ni ;

Katakan anda menjual produk kesihatan.. Untuk mencapai target jualan 10 botol sehari, anda juga memerlukan 50 leads baru yang masuk setiap hari..

Katakan cost per lead adalah RM3.. (biasanya harga CPL dalam RM3 – RM8, berbeza untuk setiap niche). Bermakna anda perlu spend RM150 sehari untuk iklan.

(RM3 X 50 = RM150)

Sekiranya anda tak menggunakan database marketing, anda akan sentiasa perlu belanja RM150 setiap hari untuk dapatkan 50 database baru, dan dari situ baru mampu membuat jualan 10 botol.

Dan saya amat yakin yang anda pasti bersetuju dgn saya, kos iklan biasanya akan terus meningkat mahal dari masa ke semasa. Dari RM150 naik RM200, naik RM300 dan seterusnya.. kan?

Fuhh.. mungkin sampai tak tertanggung dah!

Tapi..

Berbeza pula jika anda gunakan database.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya ‘bina hubungan’ yg baik & dapatkan TRUST dari database anda. Tak kisah lah samada mereka dah membeli atau belum..

Dari situ, saya amat yakin proses jualan akan berlaku dengan lebih mudah, setiap kali atau bila-bila masa yang anda nak mempromosikan produk/servis anda.

Percayalah, menjual kepada orang yg dah kenal lebih senang dari menjual kepada orang asing.

Yang bestnya, proses jualan boleh berlaku secara automatik bila anda menggunakan sistem.

Dan yes, anda dah tak perlu lagi KELUARKAN KOS MARKETING setiap hari sebanyak RM150 seperti kat atas dah lepas tu!

Cuma bayar kos bulanan/tahunan servis sistem pengurusan database tu je.

Anda perlu spend sekali untuk dapatkan database, lepas tu perah duit mereka berkali-kali.. kan best?

Sebab itu bisnes yg menggunakan database marketing akan bertahan lama dan lebih mudah berkembang.

Sebaliknya bisnes yg tak menggunakan database marketing, mereka akan menggunakan formula “lagi banyak spend duit, lagi banyak jualan yang akan dapat..”

Setiap masa struggle untuk mendapatkan pelanggan baru!

Apabila kos iklan meningkat, iklan tidak lagi berkesan seperti diharapkan. Kemudian timbul isu2 teknikal seperti iklan dan Page kena flag, kena block dgn Facebook dan sebagainya, maka di situ bermulalah mimpi ngeri dlm bisnes kerana sudah hilang punca.

Bisnes perlukan DATABASE, channel dan sistem. Bukan sekadar iklan semata-mata.

Semoga belajar sesuatu.. ????

Nak belajar lebih banyak ilmu grow bisnes? Khas untuk pendiri bisnes! Himpunan Usahawan Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju 31 Julai & 1 Ogos 2024 di SACC Shah Alam. Dapatkan tawaran tiket serendah RM29 di AmazingFounder.com atau hubungi team FunnelEvo, Captain Azlan disini —> https://www.wasap.my/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !