Kilang Goodyear Di Shah Alam Tutup Selepas 52 Tahun.

Syarikat pengeluar tayar terkenal, Goodyear mengambil keputusan menutup kilang pembuatannya di sini berkuat kuasa 30 Jun akan datang dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini selepas lebih 40 tahun beroperasi.

Presidennya di rantau Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, penutupan fasiliti di negara ini merupakan sebahagian daripada pelan transformasi syarikat untuk mengoptimumkan pengeluaran dan portfolionya.

Seperti yang dimaklumkan, Goodyear Forward merupakan program transformasi yang turut dirancang untuk mengembangkan margin dan meningkatkan nilainya dalam kalangan pemegang saham.

ia akan melibatkan tindakan tertentu untuk mengurangkan kos setiap tahun sehingga RM1 bilion pada 2025 supaya dapat memastikan syarikat kekal kompetitif sebagai peneraju industri.

Keputusan itu bakal menjejaskan kira-kira 550 kakitangan selepas kilang yang beroperasi di Seksyen 15 di sini sejak 1972 itu ditutup.

Berdasarkan laman web syarikat multinasional (MNC) itu, penglibatan Goodyear di negara ini bermula pada 1908 apabila syarikat The Goodyear Orient membeli sebuah firma getah yang ditubuhkan di Singapura.

Jadi apa yang anda boleh belajar, syarikat besar pun tutup beroperasi untuk menjimatkan kos. Tetapi ada peniaga SME takut tutup bisnes walaupun membebankan sebab ‘takut orang kata’. Namun mereka tak takut pula menanggung kerugian.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!