Kiffah Travel Kini Mula Aktif & Agresif Dalam Dunia Digital Dan TikTok

Tak semua anak pewaris bisnes mampu kekalkan legasi keluarga. Tapi Puan Ummu Habibah bukan sekadar teruskan—beliau buktikan bahawa bisnes warisan juga boleh berkembang luar biasa bila kena cara, kena mentor, dan kena ilmu!

Puan Ummu Habibah bermula sebagai pelajar, membesar dalam suasana bisnes keluarga. Beliau merupakan generasi ke-2 dalam perniagaan Kiffah Travel & Tours (M) Sdn Bhd, yang bermula sejak tahun 2000. Masuk secara rasmi ke dalam syarikat pada tahun 2005, beliau telah mengumpul pengalaman selama 18 tahun dan kini memegang jawatan sebagai General Manager sejak November 2023.

Minat mendalam dalam dunia transportation dan desakan untuk menyara hidup menjadi pemula kepada langkah besar ini. Produk pertama? Perkhidmatan sewaan bas. Pemasaran awal dilakukan secara ringkas, hanya melalui kenalan.

Saat paling mencabar adalah apabila perlu mewarisi dan memimpin perniagaan keluarga. Ia bukan sahaja tentang meneruskan bisnes, tetapi juga tentang memberi nafas baru agar terus relevan dan berdaya saing.

Menyediakan perkhidmatan dalam skala besar untuk satu acara kerajaan dalam masa yang sangat singkat—itulah antara detik yang benar-benar menguji kemampuan syarikat dan team.

Dua perkara utama: cashflow dan pembelian aset. Namun itulah juga dua perkara yang banyak mengajar tentang keberanian membuat keputusan.

Puan Ummu menyertai Program Mastermind FunnelEvo kerana sedar bahawa bisnes yang nak terus kekal bukan sekadar perlukan operasi yang mantap, tapi juga perlu strategi, sistem dan sokongan komuniti usahawan yang sama-sama serius nak grow.

Perubahan Sebelum & Selepas Sertai FunnelEvo

SEBELUM:

  • Fokus pada operasi harian.
  • Struktur syarikat longgar.
  • Tiada team khas untuk jualan atau pemasaran.
  • Halatuju syarikat tidak begitu jelas.

SELEPAS:

  • Wujudkan team Sales & Marketing.
  • Lebih bersemangat dan fokus.
  • Jelas hala tuju dan perancangan.
  • Naikkan sales dari RM7.8 juta (2023) ke RM9.7 juta (2024).

Alhamdulillah pada awal Mei 2025 Puan Ummu membuat keputusan untuk ke bimbingan lebih dekat dengan FunnelEvo iaitu ke President circle.

“Kalau nak grow bisnes dengan lebih efisien, digital marketing bukan lagi pilihan. Ia adalah kemestian. Bisnes tanpa ilmu digital ibarat naik bas tapi tak tahu destinasi—boleh gerak, tapi tak tahu ke mana.”

Dari pelapis generasi ke-2, kini menjadi pemimpin bisnes berprestasi tinggi—kisah Puan Ummu Habibah membuktikan bahawa dengan minat, mentor, dan mindset yang betul, bisnes keluarga bukan sekadar boleh disambung, malah boleh dibawa jauh lebih tinggi dari sebelumnya.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !