Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Ketahui Cara Mudah Dapatkan Pelanggan Ideal!


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

“Semasa saya masih belajar di universiti, saya ada buat bisnes yang menguntungkan. Dapatlah dalam RM300 ke RM500 sebulan.”

 “Apa yang saya jual? Antaranya saya jual air kotak untuk pelajar di setiap rumah.”

“Setiap hujung minggu, saya akan keluar ke Ipoh, (Saya belajar di Universiti Teknologi PETRONAS, Sri Iskandar Perak), saya akan ke pasaraya dan beli beberapa kotak besar air kotak.” 

“Sekotak ada dalam 24 kotak air. Harga memang murah. Saya hanya akan cari pasaraya yang ada ‘sale’ Walaupun kurang RM5, ia masih menguntungkan.”

“Yelah, minyak motor ke Ipoh dalam RM5, jadi untung RM5 pun dikira besar. Persoalan paling besar, kepada siapa saya nak jual air kotak berperisa ini?” 

“Kalau nak lawan dengan cafe yang memang sedia menjual air, saya akan kalah. Nak buka gerai pun mungkin akan dihalau! Jadi saya perlu cari idea untuk habiskan semua air kotak ini.” Antara ideanya ialah:

DIMANA MARKET YANG BELUM DITEROKA?

 

Setiap rumah di universiti disediakan peti ais, dapur dan meja makan. Lengkap untuk kemudahan pelajar.

Segelintir pelajar tidak gemar ke kafe. Mungkin disebabkan mereka kurang berkawan, suka makan di hadapan laptop/komputer untuk menonton cerita sambil makan, atau mereka yang ada ‘assignment’ yang perlu disiapkan segera dan tidak sempat makan.

Jadi kelompok ini adalah ‘target ideal’ saya untuk jual air kotak.

Di universiti pula ada ‘Village’. Untuk lelaki, ada ‘Village’ 1, 2, 3, 4, 5. Untuk mudah saya mengawal pergerakan produk dan duit, saya bermula dengan Village 5. ‘Village’ dimana saya sendiri duduk.

Dalam ‘Village’ 5 (Lelaki) pula ada dalam 6 bangunan dan setiap bangunan ada 5 tingkat. “Setiap tingkat ada 4 rumah. Setiap rumah ada 12 orang. Jadi target market saya ada dalam 1440 orang.”

“Setiap hari, saya hanya pergi ke setiap rumah, masukkan air kotak ke dalam setiap peti ais dan letakkan kotak kecil untuk diisi duit. Setiap hari juga saya akan kutip duit bayaran dan ‘top up’ air kotak yang dah dibeli.”

Menariknya, air kotak saya bukan untuk semua orang,

la terhad kepada :

  1. Pelajar lelaki
  2. Tinggal di Village 5 (Blok A,B,C,D,E,F) 3. Yang malas makan di cafe
  3. Yang suka makan dirumah

“Saya tidak target kepada semua pelajar yang dahaga nak minum air! Begitu juga dengan pelanggan impian anda. Jika anda menjual produk kecantikan, kesihatan atau apa sahaja, anda perlu ‘specific’ siapa pelanggan anda.”

Anda perlu mengetahui:

  1. Lelaki atau wanita
  2. Lingkungan umur
  3. Lokasi
  4. Kegemaran/Interest
  5. Pekerjaan
EMAS ADA DI LOKASI YANG TERPENCIL

 

Pernah dengar ayat diatas? ‘Sejujurnya, it’s a big no!‘ Contohnya produk kuruskan badan.

Jika pelanggan impian anda berusia 25 hingga 30 tahun, mereka mungkin sedang mencari teman lelaki atau sedang merancang untuk berkahwin. 

Jadi mesej yang buat mereka beli produk kita adalah ‘Sedih sebab belum ada boyfriend?’ atau ‘Sedang merancangan untuk kahwin? Jom kurus sekarang!

Mesej untuk produk yang sama akan berlainan jika anda fokus untuk target umur yang lebih berusia. Contohnya, 30 hingga 40 tahun. Mungkin pada peringkat umur ini, wanita lebih cenderung untuk tampil cantik seperti zaman muda mereka. 

Mesejnya mungkin berbunyi “Akak yang umur 30an pun boleh nampak jadi 20an bila dah kurus!”

Untuk mereka yang berumur 40 hingga 50 tahun, mesej kurus bukan lagi untuk cantik. Tetapi lebih kepada kesihatan. 

Justeru, ‘customer’ impian kita akan menentukan mesej yang kita sampaikan dan ia juga akan menentukan ‘sales funnel’ yang kita akan bina.

DIMANA LOKASI PELANGGAN BERADA?

 Internet adalah satu dunia yang cukup besar. Jadi anda perlu tahu di mana pelanggan anda berkumpul. 

Kalau anda nak tangkap ikan keli, jangan pergi ke kolam yang banyak ikan talapia! Pergilah ke kolam ikan keli! Senang.

Di internet anda perlu ingat, bukan Facebook sahaja tempat berkumpul.

Bermacam-macam tempat lagi baik di media sosial dan laman web berkaitan. Di mana lubuk yang menguntungkan, disitu anda perlu ‘pasang’ bendera anda!

Belajar sesuatu? Kami harap perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Jika anda nak dapatkan lebih banyak tips bisnes, motivasi dan inspirasi usahawan, boleh join Telegran Channel FunnelEvo sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !