“Kesilapan Besar Saya Adalah Buka Cawangan Tanpa Ilmu. Tapi Itulah Titik Yang Ubah Segala-galanya.”

Saya Dr. Sharlindah… dan ini perjalanan sebenar saya sebagai usahawan klinik pergigian. Saya bukan lahir sebagai usahawan. Saya bermula sebagai Pegawai Pergigian di KKM selama 10 tahun. Itulah dunia saya klinik kerajaan, rawat pesakit, buat kerja rutin. Tapi jauh dalam hati, saya tahu… saya mahu lebih daripada sekadar “ikut sistem”.

Saya nak praktis dengan cara saya sendiri.
Saya nak beri pekerjaan kepada orang lain.
Saya nak bina sesuatu yang saya boleh panggil legasi.

Dan pada tahun 2012, ketika usia saya 35 tahun, saya membuka klinik pertama saya. Bermula dengan satu impian Klinik Pergigian Sharlindah.

“Saat paling sukar dalam hidup saya… ialah ketika saya bermula tanpa mentor.”

Ramai nampak kejayaan hari ini 5 cawangan,
jualan hampir RM4 juta setahun,
pengiktirafan Wall of Fame Alumni Munshi,
dan Anugerah Ikon Usahawan Industri Perkhidmatan Negeri Melaka.

Tapi mereka tak nampak perjalanan sebelum itu. Saya bermula berbekalkan 10 tahun pengalaman klinikal, tapi langsung tiada mentor bisnes.

Saya tahu buat rawatan, tapi saya tak tahu buat akaun,
tak faham flow marketing, tak pandai urus staf, dan saya pernah buat kesilapan besar buka cawangan tanpa perancangan kewangan tepat, sampai cashflow terganggu.

Masa itu saya benar-benar struggle.

“Produk pertama saya hanya oral care… dan marketing saya bermula dari signage & flyer.”

Tak ada yang glamor.
Tak ada big launch.

Saya turun padang kasi flyer, pasang bunting, dan mula buat konten ringkas di Facebook.

Pengalaman pertama yang saya takkan lupa?
Pesakit rasa puas hati dengan customer journey.
Bila mereka senyum dan kata “Doktor, saya selesa,” saya tahu saya buat keputusan yang betul untuk buka klinik sendiri.

Turning point saya bermula bila saya sertai FunnelEvo.”

Saya sedar satu perkara,

“Kalau saya terus buat semuanya ikut ‘agak-agak’, saya takkan dapat bawa pasukan saya naik ke level seterusnya.”

Selepas saya sertai FunnelEvo, ini antara perubahan besar yang berlaku:

1. Team mula faham perjalanan syarikat

Mereka bukan setakat datang bekerja mereka faham planning, target, dan kenapa setiap data penting.

2. Marketing & sales jadi lebih tersusun

Kami mula ada, SOP laporan marketing & sales, data yang lebih jelas serta perancangan mengikut kempen besar (Hujung Tahun, Puasa, Raya)

3. Kos overhead mula terkawal

Saya mula fokus kepada perbelanjaan yang penting sahaja.
Cashflow jadi lebih sihat.

4. Roadshow performance ke setiap cawangan

Saya turun jumpa team, jelaskan target, jelaskan imbuhan, dan beri semangat.

5. Marketing setiap cawangan mula diurus dengan betul

Dulu fokus hanya pada HQ. Sekarang setiap cawangan ada target marketing, ada bajet, ada strategi.

Dan pada 30/11/25, kami akan membuat launching pakej subscribe dan pakej whitening secara rasmi.

“Nasihat saya kepada usahawan kalau tak belajar digital, anda akan ketinggalan.”

Hari ini, bisnes laju. Dunia berubah setiap bulan. Kalau usahawan tak upgrade ilmu, bisnes akan statik.

Ilmu digital penting sebab:

  • Bantu urus staf & pelanggan dengan lebih efisien
  • Elakkan hilang leads
  • Buat perancangan lebih cepat & tersusun
  • Tingkatkan kualiti layanan pelanggan
  • Kekalkan bisnes supaya relevan dengan keadaan sekarang

Dan paling penting… “Usahawan yang ada ilmu digital, mereka bukan sekadar ikut perubahan mereka memimpin perubahan.”

Saya bukan usahawan yang terus berjaya.
Saya belajar, saya salah, saya bangkit, saya susun.

Hari ini saya berdiri sebagai founder kepada 5 cawangan, bukan kerana saya hebat tapi saya pilih untuk terus belajar dan tidak berhenti bergerak dan jihad untuk ekonomi ummah.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !