Kenapa Peniaga Selalu Menjual Dengan Harga Tak Masuk Akal?

“Salah ke peniaga letak harga tinggi? Tak masuk akal?”

Harga tinggi bukan satu kesalahan. Yang jadi masalah ialah bila angka tidak selari dengan rasa.Bila label premium hanya pada kertas, tapi pengalaman pelanggan tidak menunjukkan beza. Di situlah timbul kemarahan, sinis dan sindiran. 

Mari lihat satu contoh mudah.Kopi matcha viral harga RM20. Adakah patut letak harga begitu?Jika matcha itu premium import, resepi khas, kedai berkonsep moden, suasana selesa, layanan cepat, packaging cantik. Maka RM20 itu bukan sekadar minuman, tetapi sebuah pengalaman.Orang bayar bukan sebab kopi itu sahaja, tetapi kerana mereka rasa “aku dapat lebih dari sekadar kopi.”

Tapi kalau bancuhan rasa biasa, ais lebih banyak daripada matcha, layanan sambil lewa, branding tidak ada beza. Ya, memang nampak tidak masuk akal. Orang akan marah, orang akan banding dengan kedai lain.Harga tinggi tidak pernah salah. Yang salah bila harga itu tidak datang bersama nilai, cerita dan pengalaman.Kopi matcha RM20 boleh jadi viral kerana rasa puas… atau viral kerana rasa tertipu. Bezanya terletak pada bagaimana peniaga menghidangkan nilai di sebalik harga. 

Ini 3 Tips Letak Harga Yang Betul

1. Kira kos & margin dengan jelas. Jangan letak harga ikut rasa. Pastikan setiap kos (bahan, tenaga kerja, sewa, marketing) diambil kira supaya margin sihat. 

2. Banding dengan pasaran, tambah nilai. Tengok harga pesaing, kemudian tanya: apa yang buat produk kita lebih istimewa? Tambah nilai pada servis, packaging atau pengalaman pelanggan.

3. Uji dengan pelanggan sebenar. Cuba beberapa harga, lihat respon pelanggan. Dari situ kita tahu harga yang sesuai dan diterima.

Harga hanya angka. Yang memberi makna ialah nilai yang dirasai pelanggan.Bila produk, servis dan pengalaman bergerak seiring dengan harga, pelanggan bukan sahaja sanggup bayar, malah akan jadi duta percuma kepada bisnes. Inilah rahsia sebenar servis yang luar biasa.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !