Ini Pesanan Papa Aliff Syukri Untuk Usahawan Muda
“Untuk jadi orang hebat…” – itu ayat pembuka Papa yang terus bagi kita rasa nak tahu lebih.
Dalam episod BuatSaja Podcast kali ni, muncul seorang tetamu yang memang tak asing lagi iaitu Usahawan & Penyanyi No.1 Malaysia, Dato’ Sri Aliff Syukri. Kehadiran beliau bukan saja bagi aura lain dalam podcast ni, tapi juga bawa nilai besar untuk pendengar. Sebabnya, Papa share terus kisah real dia tentang macam mana nak jadi figura hebat dalam bisnes.
Biasanya benda macam ni jarang orang kongsi. Selalunya rahsia kejayaan usahawan besar disimpan rapi, atau kita cuma boleh belajar bila dah lalui pengalaman bertahun-tahun. Tapi Papa buka semua dari jatuh bangun, sampai falsafah yang bentuk dirinya hari ni.
Katanya, tips ni bukan tips biasa. Ini ilmu mahal, tak boleh beli dengan duit. Siapa lagi sanggup share pengalaman pahit manis, strategi berniaga, sampai cara nak maintain jiwa bila hadap cabaran kalau bukan beliau sendiri? Sebab tu episod ni memang lain daripada yang lain. Pendengar bukan sekadar dengar cerita seorang jutawan kosmetik, tapi dapat terus rahsia jadi “orang hebat” yang sebenar.

Hebat Dalam Dunia Bisnes
Papa tekankan, hebat dalam bisnes bukan sekadar tayang kereta mewah, pakai brand besar, atau pandai sembang motivasi. Hebat sebenar datang daripada jiwa & mentaliti seorang pejuang.
Bagi beliau, kehebatan lahir bila kita sanggup hadap persaingan dengan cara sihat, jujur, dan penuh strategi. Bukan boleh dibuat-buat, tapi hasil daripada disiplin, pengalaman, dan keberanian untuk terus melangkah walaupun tak tahu apa ada depan.
Bisnes ni ibarat ombak, sekejap kita di atas, sekejap kita jatuh. Orang hebat bukan yang tak pernah gagal, tapi yang pandai bangkit balik setiap kali tumbang. Jiwa hebat tu jiwa yang tak cepat rapuh bila diuji, tak gentar kena kritik, dan tak mudah give up bila tertekan.
Papa juga ingatkan: pesaing bukan musuh. Mereka sebenarnya pendorong untuk kita bergerak lebih laju. Orang hebat tak iri hati bila orang lain berjaya, sebaliknya jadikan itu semangat untuk tingkatkan produk, perbaiki strategi, dan tambah nilai dalam bisnes.
“Look Like A Tiger Even You Are A Cat”
Ini antara falsafah Papa yang paling melekat. Katanya, asalnya dia seorang yang pemalu, tak yakin macam kucing kecil je.
Tapi bila dia mula bayangkan diri sebagai seekor harimau, barulah dia berani tampil sebagai usahawan yang tegas & yakin walaupun dalam hati masih ada kelemahan. “Papa” ni bukan sekadar watak, tapi strategi psikologi dia sendiri. Cara ni buat dia berani keluar dari zon selesa dan masuk ke gelanggang bisnes yang penuh persaingan.
Pesan Papa: kalau kita sendiri takut dengan diri, orang lain pun takkan yakin dengan kita.
Keberanian “Papa” ni lah yang buat dia berani berunding, berani minta pinjaman besar, dan berani janji pulangan lumayan pada pelabur. Bagi orang luar, cara ni nampak gila & risky. Tapi hasilnya, risiko tu lah yang buka jalan besar untuk dia capai impian. Dari seorang yang dulu “bodoh & lembik”, akhirnya dia jadi figura besar dalam dunia bisnes.
Tangkas & Cepat Rebut Peluang
Bagi Papa, rahsia kejayaan tak semestinya pada modal besar atau strategi marketing complicated. Tapi pada kerajinan & ketangkasan usahawan ambil peluang.
Rajin ni bukan setakat kerja pagi sampai malam. Tapi rajin fikir idea, rajin cuba, rajin cipta content, rajin tonjolkan brand sampai orang nampak & viral.
Sebab bisnes sekarang memang cepat berubah. Hanya yang tangkas & berani je mampu survive. Papa sendiri tak percaya pada sikap selesa dengan kejayaan sedia ada. Sebab hakikatnya, bila kita leka, kegagalan boleh datang bila-bila masa.
Katanya lagi, orang berjaya biasanya lahir daripada kegagalan demi kegagalan. Kalau baru rugi sekali dah putus asa, lebih baik jangan mimpi jadi usahawan. Macam pepatah dia, “jangan bina rumah di tepi pantai kalau takut dilambung ombak.” Maksudnya, bisnes ni memang penuh risiko, jadi kena sedia mental & fizikal.
Expensivekan Diri
Satu lagi falsafah Papa yang menarik expensivekan diri atau jadikan diri bernilai mahal.
Ramai usahawan suka tayang kereta, beg branded, duit berkepuk. Tapi kata Papa, itu semua “content” je. Kaya sebenar bukan apa yang ditayang, tapi aset yang kita pegang tanah, bangunan, perniagaan yang stabil, team yang kuat.
Kalau nak tahu seseorang tu betul-betul hebat atau tak, jangan tanya apa barang mewah dia pakai. Tapi tanya apa goal jangka panjang dia kejar.
Papa juga praktikkan benda ni dalam keluarga. Anak-anak dia diajar tentang dunia sebenar sebab & akibat, etika, disiplin, dan pentingnya jaga harga diri. Baginya, orang mahal tu macam berlian – susah jumpa, penuh nilai, dan bukan semua orang boleh miliki.
Orang Yang Deliver Kerja
Papa percaya jadi usahawan hebat tak cukup dengan sekadar “ambil nama”. Kena turun padang dan deliver sendiri.
Sebab tu dia memang cerewet bab pekerja. Kalau staf tak capai KPI, dia tak tunggu lama terus terminate. Tapi bila staf tu perform, Papa sanggup bayar gaji tinggi sampai RM10 ribu. Prinsipnya jelas: bisnes tak boleh bergantung pada simpati, tapi pada prestasi.
Selain tu, Papa lebih suka urus bisnes direct tanpa banyak orang tengah. Baginya, perantara cuma lambatkan proses & buat benda jadi leceh. Dengan handle direct, semua urusan lebih cepat, jelas, dan ikut vision dia sendiri. Itu lah yang jadi kunci kekuatan Papa dalam deliver setiap apa yang dia buat.

Hasil atau Koleksi?
Satu lagi perspektif Papa yang menarik ukuran sebenar kejayaan usahawan bukan pada hasil sekejap, tapi pada koleksi & aset yang terkumpul.
Katanya, orang hebat tak sibuk tayang juta-juta sales sebab angka tu boleh turun naik. Kalau nak nilai betul, tengok apa yang ada kat rumah dia tanah, bangunan, aset simpanan, atau koleksi berharga.
Papa sendiri jarang letak semua keuntungan dalam bisnes. Separuh dia pusing balik untuk kembangkan bisnes, separuh lagi dia simpan dalam bentuk aset stabil macam hartanah & koleksi antik. Jadi kalau bisnes jatuh sekalipun, ada backup untuk cover.
Pesan dia, jangan sekadar tanya usahawan “apa dia jual?”, tapi tanya juga “apa koleksi yang dia simpan?” Sebab di situlah terletak kekuatan sebenar aset bernilai yang mampu tahan lama.
Kesimpulannya, Papa Aliff Syukri buktikan jadi “orang hebat” bukan dengan menunjuk luaran, tapi dengan mindset, disiplin, aset & keberanian.
So sekarang, soalan Papa: Awak nak jadi kaya, hebat, atau dua-dua sekali?
Tonton Episod penuh di Buat Saja Podcast BSP EP. 9 | “Orang Kecam Saya Gila Publisiti… Tapi Mereka Tak Nampak Hasil Jualan Saya!”