Ini perkongsian dari Dr Nur Afiqah dari Afiqah Dental Sdn Bhd
Mungkin bagi orang lain, ini bukan pencapaian besar.
Tapi bagi saya… Alhamdulillah, saya benar-benar bersyukur dengan perubahan yang Allah izinkan berlaku dalam hidup dan bisnes saya sekarang.
Kalau dulu, pada hari biasa (weekdays), jualan saya sekitar RM2,000–RM3,000 saja. Tapi sekarang, Alhamdulillah, saya dah mula nampak peningkatan RM4,000 hingga RM5,000 sehari.
Saya sendiri yang tetapkan target team untuk capai RM4,000 sehari, tapi bila mereka berjaya capai lebih dari itu, rasa syukur tu tak boleh digambarkan. Bagi saya, itu tanda bahawa usaha kecil yang saya dan team buat selama ni mula menampakkan hasil.
Sekarang saya dalam proses nak kekalkan momentum kerja team dan diri saya sendiri.
Saya buat training dan meeting seminggu sekali, sebab saya nak pastikan semua staf tahu dengan jelas apa matlamat dan arah kami. Saya tak nak ada yang ‘bekerja tanpa kompas’.
Saya belajar sesuatu yang besar kalau team tak jelas, bisnes takkan gerak.
Dan kalau leader tak tunjuk contoh, semangat team akan perlahan.
Beberapa bulan lepas, saya banyak minta nasihat daripada Tuan Haris dan Tuan Pudin tentang cara nak letak KPI dan latih doktor resident baru. Saya ambil semua nasihat tu dan terus apply.
Alhamdulillah, perubahan dia saya nampak depan mata.
Doktor saya makin hari makin bagus bukan saja dari segi prestasi, tapi juga semangat nak kejar sales. Dia jadi lebih yakin, dan saya pun rasa lega sebab saya tahu saya tak bekerja seorang diri lagi.
Terus terang saya cakap masa saya nak join Mastermind FunnelEvo (Ogos 2025) dulu, saya guna duit saving terakhir company. Saya takut, tapi saya lebih takut kalau saya terus kekal di tempat yang sama.
Dan keputusan tu…
ialah antara keputusan terbaik dalam hidup saya.
Program MM (MASTERMIND) banyak ubah diri saya. Saya bukan saja belajar strategi, tapi saya belajar macam mana nak fikir dan bertindak sebagai founder sebenar.
Saya belajar tentang sistem, KPI, mindset, dan kepimpinan semua yang saya perlukan untuk ubah klinik saya ke tahap seterusnya.
Doakan saya, ya.
Saya akan terus usaha, terus apply semua ilmu yang saya belajar, dan terus buktikan bahawa keputusan saya untuk join MM (MASTERMIND) bukan satu kesilapan , tapi permulaan kepada perjalanan kejayaan saya yang sebenar.
Terima kasih, FunnelEvo. Kerana bantu saya jadi versi terbaik diri saya sebagai doktor, sebagai leader, dan sebagai seorang founder.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
