Jenama bekal kesukaan para ibu, ‘Tupperware’ fail bankrup!

Masih ingat perasaan takut hilangkan bekas Tupperware mak kita waktu kecil? Kita semua tahu betapa pentingnya bekas-bekas itu bagi golongan mak-mak!

Tak terkecuali juga pada para suami yang membawa bekal, mesti takut balik rumah jika Tupperware kesayangan tertinggal!

Tupperware, nama yang cukup sinonim dengan bekas makanan plastik, pernah jadi kebanggaan dapur-dapur di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Kalau anda pernah dengar atau pergi “Tupperware parties”, itulah zaman kegemilangan mereka.

Di Malaysia, nama Tupperware ni kira macam jaminan kualiti. Kalau golongan mak-mak beli bekas makanan Tupperware, memang benda tu dijaga rapi, siap ada tempat khas dalam kabinet. Siapa yang ada Tupperware dianggap macam ‘class’ sikit sebab ia mahal dan tahan lama.

Malangnya, menurut laporan dari Bloomberg, syarikat Tupperware mungkin akan memfailkan kebankrapan minggu ini. Syarikat tersebut sudah lama bergelut dengan masalah perniagaan, termasuk kurangnya permintaan terhadap produk mereka.

Menurut syarikat Tupperware, mereka sedang bersiap untuk muflis selepas berbulan-bulan berunding dengan pemiutang mengenai cara untuk menguruskan hutang lebih 700 juta dolar (sekitar RM3 bilion).

Pemiutang Tupperware setuju untuk beri sedikit masa dan ruang kepada syarikat itu, tapi perniagaan mereka masih merosot dengan teruk.

Presiden dan CEO Tupperware, Laurie Ann Goldman, berkata jenama ikonik itu mengalami masalah kewangan yang sangat serius disebabkan oleh cabaran ekonomi global yang sangat mencabar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, ini belum muktamad. Wakil Tupperware memberitahu Bloomberg bahawa rancangan untuk muflis mungkin berubah.

Sejak 2020, ‘Tupperware’ diberi amaran berhubung keraguan tentang keupayaan dan stabiliti perniagaan mereka untuk kekal dalam perniagaan. 

Pada bulan Jun lalu, Tupperware menutup kilang mereka yang terakhir di AS dan memberhentikan kira-kira 150 pekerja. Ini berlaku selepas syarikat itu bertahun-tahun berjaya menjadi peneraju dalam industri bekas plastik, terutama melalui jualan langsung oleh penjual-penjual amatur selama hampir 80 tahun mereka beroperasi.

Selain masalah hutang, trend pasaran berubah juga menjadi cabaran utama Tupperware kini. Orang sekarang dah kurang beli produk Tupperware, dah tak macam dulu. Dengan lambakan bekas makanan murah yang ada kat pasaraya, ramai mula rasa tak perlu nak beli produk mahal terutamanya generasi muda. Lain la geng mak-mak, time raya benda ni la nak tayang selain emas satu lengan. Betul tak?

Lagipun, cara hidup pun dah berubah, tak ramai yang join Tupperware parties macam zaman dulu. Tupperware cuba beralih ke jualan online, tapi tak dapat tarik pelanggan generasi baru dengan cepat. Bila permintaan kurang, tapi syarikat masih nak maintain operasi besar, makin banyaklah hutang yang kena tanggung.

Jadi sebagai usahawan anda perlu sentiasa dalam keadaan bersedia dengan keadaan semasa dan cepat adapt dengan perubahan. Tapi kalau anda ada koleksi Tupperware lama kat rumah, jaga baik-baik. Mana tahu, suatu hari nanti ia boleh jadi barangan kenangan atau barang rare!

Nak lebih banyak ilmu bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.

Ini masanya untuk melakukan perubahan.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !