Jangan Salah Faham, Bukan Harga Yang Buat Lead Lari, Tapi Cara Kita Bertanya Mungkin Puncanya

Soalan Apa Patut Ditanya Supaya Lead Cepat Reply?

Bukan “Nak Promo”, Tapi “Nak survey”

Pernah tak jadi macam ni?

Lead masuk WhatsApp.
Dia tanya pendek je “Harga berapa ya?”

Kita balas panjang lebar. Detail siap copy-paste.

Lepas tu… dia read. Kemudian senyap dan hilang.

Bukan sebab dia tak minat. Selalunya sebab kita tersalah langkah di awal perbualan.

Silap Paling Biasa Terus Jual

Refleks kebanyakan peniaga bila ada lead

  • Terus explain pakej
  • Terus bagi harga
  • Terus pitch

Masalahnya, lead belum rasa:

  • Dia difahami
  • Masalah dia penting
  • Kita relevan dengan situasi dia

Bila belum ada emosi, harga jadi halangan pertama.

Kenapa Ada Lead Yang Cepat Reply?

Perhatikan satu perkara.

Lead akan cepat reply bila soalan kita buat dia:

  • Bercakap tentang dirinya
  • Membayangkan situasi dia
  • Terasa kita ambil tahu, bukan nak jual semata-mata

Di sinilah peranan soalan yang betul.

Jangan Tanya Harga Dulu. Tanya ‘Cerita’ Dia.

Soalan terbaik bukan soalan jualan, tetapi soalan impian dan keperluan. Contohnya:

“Tarikh majlis bila?” untuk bisnes servis perkahwinan.
Soalan ini buat dia nampak majlis itu dalam kepala.

“Konsep yang cik impikan macam mana?”
Dia mula bayangkan hari istimewa dia.

“Apa yang paling penting untuk cik?”
Emosi mula keluar.

Bila lead mula bercerita, dia sebenarnya sedang melabur emosi dalam perbualan itu.

Kenapa Soalan Impian Lebih Kuat Dari Soalan Harga

Harga hanya nombor.
Impian adalah perasaan.

Bila kita mulakan dengan harga

  • Perbualan jadi kaku
  • Lead rasa kita sama seperti penjual lain

Tetapi bila kita mulakan dengan impian

  • Lead rasa didengar
  • Kepercayaan mula terbina
  • Harga datang kemudian dengan lebih mudah diterima

Susunan Soalan Yang Buat Lead Tak Senyap

Urutan ringkas yang boleh digunakan:

  1. Soalan situasi (bila, di mana)
  2. Soalan impian (konsep, harapan)
  3. Soalan keutamaan (apa paling penting)
  4. Cadangkan solusi, kemudian barulah harga

Urutan ini buat lead rasa:
“Saya difahami sebelum saya dijual sesuatu.”

Kalau lead selalu lambat reply atau terus senyap,
mungkin bukan sebab:

  • Harga mahal
  • Produk tak menarik

Tetapi sebab soalan pertama kita salah.

Ingat satu perkara:
Orang suka membeli,
tetapi mereka lebih suka difahami.

Dan perbualan yang bermula dengan impian,
lebih mudah berakhir dengan jualan.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !