Balik raya… semua orang nampak bahagia.
Baju cantik, senyum dalam gambar, jumpa family.
Tapi tak ramai cerita…
Perjalanan nak sampai tu 6 jam jadi 12 jam.
Duduk dalam kereta, panas, penat, emosi naik turun.
Kadang dalam jammed tu…
Kita diam. Kita fikir. Kita rasa macam “lost” sikit.
Tapi sebenarnya
Itulah moment yang kita selalu lupa nak hargai.
Perjalanan balik raya memang sinonim dengan jam berjam-jam atas jalan. Penat, bosan, emosi pun boleh naik. Tapi kalau pandai “twist”, perjalanan ni sebenarnya boleh jadi antara moment paling bermakna
1. Jadikan perjalanan “mood raya starter”
Buka lagu raya awal-awal. Biar feel tu masuk dulu sebelum sampai kampung.
Nyanyi sama-sama walaupun suara lari, tapi memori tu mahal.
2. Borak deep dengan family
Dalam kereta, semua tak pegang phone sangat.
Ini peluang:
- Tanya cerita lama mak ayah
- Borak pasal plan hidup
- Gelak benda random
Kadang moment paling rapat… jadi masa jammed.
3. Main game simple dalam kereta
Tak perlu gadget pun boleh:
- Teka lagu
- Sambung ayat
- “Spot kereta warna…”
Nampak kecil, tapi buat perjalanan rasa cepat.
4. Rakam moment (content idea )
Kalau suka buat content
- Record perjalanan
- Buat vlog “balik raya struggle”
- Share real moment
Content paling real biasanya paling kena dengan orang.
5. Stop & recharge bila perlu
Jangan paksa drive kalau penat.
Singgah R&R:
- Minum kopi
- Stretch badan
- Tarik nafas
Perjalanan jauh bukan race yang penting selamat sampai.
6. Jadikan masa untuk refleksi diri
Balik raya bukan sekadar balik kampung…
Tapi balik kepada diri sendiri.
Gunakan masa untuk:
- Fikir apa dah capai tahun ni
- Apa nak improve
- Apa nak reset
7. Prepare “comfort kit” awal-awal
Supaya tak cranky:
- Snack
- Air cukup
- Playlist siap
- Powerbank
Small preparation = big difference.
8. Accept hakikat jammed itu pasti
Bila kita dah expect jam… kita kurang stress.
Yang buat kita marah bukan jam tapi expectation kita.
9. Tukar kereta jadi “mini university” 🎧
Dengar podcast atau audio yang beri ilmu. Pilih topik bisnes, kewangan, atau motivasi.
Lagi lama jammed, lagi banyak ilmu masuk kepala.
Ini list podcast anda wajib dengar:
- Ilmu bisnes dan isu semasa di Buat Saja PodcastI
- lmu kewangan dan pelaburan di Financial Saja Podcast
Satu hari nanti, kita akan rindu perjalanan ni.
Rindu duduk sempit dalam kereta, rindu gelak kecil, rindu suara mak ayah di sebelah.
Jadi kali ni… jangan fokus pada jammed.
Fokus pada siapa yang ada dalam perjalanan tu
Sampai satu hari nanti…
Perjalanan jammed ni takkan sama lagi.
Seat sebelah mungkin kosong.
Suara yang selalu borak dalam kereta… mungkin tinggal kenangan.
Masa tu baru kita sedar
Jammed tu bukan sekadar perjalanan.
Dia adalah waktu yang Allah bagi…
Untuk kita duduk lama sikit dengan orang yang kita sayang.
Jadi kali ni…
Biarlah jalan sesak.
Asalkan hati kita tak kosong.
Selamat balik kampung semua!
