Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Jadikan Bisnes Anda Lebih Diyakini Dan Dipercayai


Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/fegroup2/apps/fegroup2/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Untuk makluman anda yang berniaga secara atas talian atau e-dagang, hanya 4,181 peniaga dalam talian mendaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) BizTrust sejak 2017 hingga 31 Oktober 2020. Angka ini masih jauh berbanding 373,213 perniagaan dalam talian yang berdaftar setakat ini.

Tujuan kerajaan mengalakan usahawan atau peniaga mendaftar perniagaan mereka adalah untuk memastikan perniagaan dan produk mereka dipercayai dan diakui oleh kerajaan sebagai perniagaan yang sah.

Selain itu ia juga menjamin dan memberi perlindungan kepada para pengguna. Ia akan memudahkan pengguna untuk memeriksa maklumat perniagaan anda sebelum mereka membeli atau berurusan dengan anda.

Bila perniagaan anda sudah berdaftar, pelanggan akan lebih percaya untuk membeli produk atau servis kita. Tidak kira apa jenis perniagaan yang ada di Malaysia, semua mestilah mendaftarkan nama syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia termasuklah yang hanya berniaga secara dalam talian (online).

APA ITU SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)?

Sebelum itu, anda perlu tahu apa itu Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM merupakan badan berkanun yang berbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM mula beroperasi sejak 16 April 2002.

SSM adalah sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Selain itu, SSM juga berperanan dalam peningkatan tahap tadbir urus korporat yang mana ia berfungsi dalam mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Untuk anda mendaftar BizTrust, pertama sekali anda perlu mendaftar perniagaan anda di SSM. Ini kerana perniagaan bermula di  SSM. Pendaftaran SSM pada zaman ini sangat mudah kerana boleh mendaftar secara online. Anda boleh mendaftar secara online di ezbiz.ssm.com.my .

KELEBIHAN MENDAFTAR DI SSM

Ada kelebihan anda mendaftar perniagaan anda di SSM. Untuk maklumat anda, mereka yang berniaga secara part-time, menjadi ejen atau dropship atau menjadi ejen insuran, mereka wajib untuk mendaftar di SSM. Kenapa? Ada banyak kelebihan jika mendaftar pernigaan anda di SSM antaranya ialah:

1) Pelanggan Lebih Yakin

Pelanggan akan lebih percaya kepada anda kerana bisnes anda telah berdaftar dengan SSM di mana anda akan memperoleh Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan. Selain itu, anda boleh ditawarkan insentif kewangan dan latihan daripada kerajaan.Jika perniagaan anda melibatkan transaksi yang besar, maka pastinya pelanggan anda perlukan bukti bahawa perniagaan anda sah dan mereka pun tidak ragu untuk melakukan transaksi kepada bisnes anda.

Bayangkan dengan macam-macam scam zaman sekarang ni, ramai pembeli dah lebih berhati-hati dan cuba pilih produk yang boleh dipercayai. Ini sedikit sebanyak dapat membantu pelanggan yakin membeli dengan anda.

2) Boleh Buka Akaun Bank Khas

Akaun bank khas atau akaun semasa untuk syarikat anda dapat menjamin hak pengguna ke atas barang dan perkhidmatan akan lebih terjamin. Ini kerana mudah untuk anda asingkan akaun perniagaan dari akaun peribadi. Perbelanjaan pun lebih terurus dan kita berlaku jujur ke atas perniagaan kita kerana tak usik duit bisnes.

Selain itu, jika transaksi keluar masuk di akaun peribadi di lihat terlalu banyak atau mencurigakan, akaun kita boleh dibekukan atau di block oleh pihak bank sebab disyaki menjalankan perniagaan menggunakan akaun peribadi.

 3) Boleh Daftar BizTrust

Jika anda telah mendaftar perniagaan anda di SSM, anda boleh terus mendaftar perniagaan anda di BizTrust. BizTrust ini akan mengesahkan entity atau perniagaan dalam talian yang didaftarkan dan berada dalam kredibiliti yang baik dengan SSM

APA ITU BIZTRUST

BizTrust adalah piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan dalam talian melalui SSM, yang mengesahkan bahawa entiti itu telah mematuhi ciri-ciri Prinsip dan Kriteria SSM BizTrust termasuk pendaftaran perniagaan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat. Menarik bukan?

Anda boleh letak logo BizTrust di website perniagaan anda. Ini kerana apabila pelanggan klik logo tersebut, mereka akan mendapati bahawa bisnes anda adalah sah dan telah didaftarkan di SSM.

PENDAFTARAN BIZTRUST PERCUMA

Untuk makluman anda, pihak Kerajaan mengalakan anda untuk mendaftar pernigaan online anda di BizTrust. Oleh itu, mereka telah membuka pendaftaran BizTrust ini secara PERCUMA. Ya, secara percuma. Untuk makluman anda, pendaftaran secara percuma ini adalah sehingga 30 Disember 2020. Selepas tarikh tersebut, bayaran minimum untuk BizTrust adalah sebanyak RM 200.00. DAFTAR DISINI SEKARANG!

Anda boleh menonton Corporate Sharing by FunnelEvo bertajuk ‘3 Kelebihan Berdaftar di SSM’ di laman Facebook Page Fahdi Ghazali. Sebelum anda menonton, pastikan anda Like page Fahdi Ghazali dan FunnelEvo. KLIK SINI UNTUK TONTON SEKARANG!

PERLU KE SAYA DAFTAR?

Jika anda berniaga secara atas talian, anda wajib untuk mendaftar. Malah kerajaan sekarang membuka pendaftaran BizTrust secara PERCUMA sehingga 30 Disember 2020. Bagi mereka yang belum mendaftar SSM, yuran pendaftaran SSM serendah RM30 mengikut pakej yang ada.

Jika anda masih ragu-ragu atau baru bermula bisnes, anda perlukan bantuan untuk guide anda bagaimana untuk meningkatkan jualan dan pemasaran anda, kami di FunnelEvo boleh membantu anda one-to-one secara step by step apa yang anda perlu buat dan mencapai target anda. Daftar sesi Business Performance Review di https://funnelevo.com/bpr untuk kami bantu audit bisnes anda. Daftar Sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!