Isu Ciplak Siapa Yang Salah? Yang Mana Satu Ciplak?

YANG MANA SATU CIPLAK?

Sekarang sedang tular tentang Sambal Nyet Berapi VS Sambal Nyet Khairi. Sekali pandang memang nampak sama. Dari warna penutup, warna packaging, harga memang sama habis! Tapi ada beza, yang satu hasil dari pengaruh Media Sosial Khairul Aming yang terkenal sudah berjaya buat jualan jutaan ringgit dan satu lagi dari seorang usahawan bergelar ‘Khairi’. Sama ada ini adalah gimik marketing atau tidak terpulang kepada kita untuk fikirkan, tapi ini apa yang anda patut tahu jika nak hasilkan sesuatu produk.

1. Tak Salah Tiruvasi!

Tak salah tiruvasi , tapi janganlah tiru habis-habisan. Tiru strategi pemasaran dah cukup. Bukan tiru habis sampai pelanggan pun keliru dan tersalah beli.

2. Jenama Adalah Aset.

Pesanan penting, sebelum Brand atau logo anda menjadi terkenal dan sudah kuat, sila rujuk dengan My IPO untuk semak sama ada logo anda lepas digunakan atau tidak dan segera mendaftar. Ada banyak kes sebelum ini, jenama terkenal tidak berdaftar dan jenamanya dicuri pesaing yang mendaftar terlebih dahulu. Dah jadi satu drama.

PERMOHONAN/Baru nak mohon = belum tahu diterima atau ditolak = boleh guna

PENDAFTARAN / BERDAFTAR= Dah sah hak milikan = boleh guna

Jika dah daftar logo, produk, jenama, design, dengan MY IPO apabila ada orang atau pesaing yang salah guna, meniru, mengubah konsep, boleh dikenakan tindakan undang-undang! Dulu pun ada satu kes hampir sama, jenama “Harimau menangis“. Tapi cuba fahamkan ini hak cipta sesebuah syarikat hendaklah didaftarkan melalui perkara-perkara tersebut :

1) Paten (Logo, Font style, Font Size dan warna).

Apa itu Paten? Paten adalah satu hak eksklusif yang dianugerahkan untuk suatu rekacipta, sama ada ia adalah satu produk atau satu proses untuk melakukan sesuatu yang baru atau penyelesaian teknikal ke atas sesuatu masalah.

2) Packaging (bentuk, design dan warna).

Perkataan Daging Harimau Menangis bukanlah hak milik sesiapa kerana ia merupakan perkataan harian yang digunakan oleh semua masyarakat. Jadi ia boleh digunakan seperti biasa oleh mana-mana usahawan. Berbeza dengan Sambal Nyet Berapi yang sudah didaftarkan. Sebagai usahawan banyak yang kita boleh belajar tentang perkara ni. By the way nak tanya, you all dah mendaftar hak intelek di My IPO ke?

*Tipulah kalau anda tak ada teringin nak rasa kedua-dua sambal ni dan compare sendiri?

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!