Ini Kisah Pengasas MYDIN Yang Ramai Orang Tak Tahu…

Kisah Sebenar Datuk Wira Ameer Mydin. Dari Kais Pagi, Makan Pagi, Hingga Jadi Raja Hypermarket!

Kalau sebut MYDIN, semua orang tahu.
Barang murah, pilihan banyak, milik Bumiputera.
Tapi… ramai tak tahu kisah sebenar di sebalik nama besar ni.
Sebenarnya, kisah MYDIN bukan kisah kaya raya dari mula.
Ia bermula dengan kesusahan.

Bermula dari ayah yang tabah arwah ayahnya, Tuan Mydin Mohamed, hanyalah seorang peniaga kecil. Hidup mereka susah, sampai tahap kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ayahnya menjual apa saja yang ada. Dan dari situlah, anak-anaknya diajar untuk berniaga. Umur 7 tahun, Ameer dah mula jual mainan sendiri. Ayahnya tak pernah manjakan. Nak duit? Pergi jual.

Dari situlah dia belajar 1 perkara penting,
Kalau nak berjaya, jangan gopoh. Semua benda kena ambil masa.
Kisah Yang Buat Tersenyum (Dan Menangis)

Ameer pernah pergi luar negara.
Tak tahu apa itu musim sejuk. Jadi dia pakai… baju hujan! Sampai orang ketawakan dia.

Lepas habis belajar, Ameer tak terus terjun ke bisnes.
Dia pilih untuk kerja dulu.
Katanya “Kerja apa pun tak kisah, asalkan dalam syarikat besar. Sebab di situ kita belajar sistem.”

Dia pernah jadi pekerja biasa, buat kopi, balik lambat ikut bos.
Dan dari situ, dia belajar 1 lagi pengajaran, “Bos yang baik adalah cikgu yang paling berharga.”

Arwah ayahnya sangat berprinsip. Tak jual arak,tak jual rokok dan tak ambil pinjaman riba. Malah, arwah ayahnya tak pernah ada rumah sendiri.
Kerana bagi beliau, harta sebenar bukan banglo atau kereta mewah.
Harta sebenar adalah… anak-anak yang jadi “4 diamond” dalam hidupnya.

Nilai yang diajar pun sangat sederhana. Kalau pergi pejabat dan ada parking depan? Ayahnya akan park di belakang.
Kenapa? Supaya orang lain tak susah nak cari tempat.

Ameer sendiri ada pandangan jelas tentang dunia bisnes:

  1. Fashion lebih cepat luput daripada makanan.
    Jadi peniaga kena alert dengan trend.
  2. Dalam keluarga – office is office, rumah is rumah.
    Gaji adik-beradik sama rata. Tugas pun kena pecah jelas.
  3. Jangan join perang harga.
    Katanya: “Kita tak boleh jadi paling murah, tapi kita kena jadi paling relevan.”
  4. Branding bukan segalanya.
    Sebab itu dekat MYDIN, anda takkan jumpa baju jenama MYDIN.
    Bagi mereka, yang penting servis, bukan nama.

Legasi Hari Ini
Hari ini, MYDIN ada di seluruh Malaysia.
Hypermarket, supermarket, mini market semua ada.
Tapi yang paling mengagumkan… waktu pandemik.
Ramai syarikat buang pekerja.
MYDIN?
Tak buang seorang pun.
Walaupun rugi besar.
Kenapa?
“Saya bukan nak jadi paling kaya. Saya nak jadi paling berkat.” – Datuk Wira Ameer Ali Mydin

Itulah rahsia sebenar kenapa MYDIN bertahan lebih 6 dekad. Kalau anda usahawan, cuba tanya diri, adakah bisnes anda kejar kaya cepat, atau bina berkat yang kekal lama?

Tonton perkongsian penuh dari Datuk Wira Ameer Ali Mydin di BuatSaja Podcast

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts