Ingat Pengalaman 20 Tahun Dah Cukup, Rupanya Banyak Lagi Saya Kena Belajar

Nama saya Shasha Liyana daripada OD Legacy Realty Sdn Bhd. Sebelum menceburi bidang hartanah, saya sudah hampir 20 tahun dalam industri retail bersama pelbagai syarikat multinasional. Ketika itu, pendapatan saya sekitar 5 angka sebulan. Kerjaya sudah stabil dan bidang itu sudah sebati dengan diri saya.

Cabaran paling besar adalah menyesuaikan diri dengan pendapatan yang tidak menentu. Dahulu, setiap bulan ada gaji. Memang bukan mudah apabila kita sudah biasa dengan kestabilan, kemudian memilih jalan yang penuh ketidakpastian. Saya perlu belajar untuk lebih sabar, berdisiplin dan mengurus aliran tunai dengan baik.

Selepas menyertai Mastermind di FunnelEvo, saya mula mempraktikkan ilmu yang dipelajari, khususnya dalam pemasaran digital dan personal branding. Saya semakin faham bahawa pelanggan mahu mengenali orang yang menguruskan urusan hartanah mereka. Mereka mahu melihat cara kita bekerja sebelum meletakkan kepercayaan.

Jadi, saya lebih konsisten menghasilkan content, berkongsi ilmu dan menunjukkan proses kerja sebenar melalui media sosial, terutamanya Facebook. Sedikit demi sedikit, saya nampak perubahan pada engagement, kepercayaan pelanggan dan jualan. Kini, hampir 95% daripada jualan saya datang melalui media sosial.

Nilai jualan meningkat hampir 50%, manakala komisen meningkat sekitar 61%. Bagi saya, kepuasan dalam bidang ini juga datang apabila berjaya membantu pelanggan memiliki rumah pertama. Ada yang sudah bertahun-tahun mencuba, malah hampir berputus asa.

Pesanan saya kepada usahawan, jangan rasa pengalaman yang kita ada sudah mencukupi. Hampir 20 tahun dalam bidang jualan pun, saya masih perlu belajar kerana cara pelanggan membeli sentiasa berubah. Saya bermula semula pada usia 40an. Selagi kita sanggup belajar dan konsisten bertindak, sentiasa ada ruang untuk pergi lebih jauh.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!