Ilmu perubatan ajar saya selamatkan nyawa, Ilmu bisnes ajar saya selamatkan masa depan.

Saya masih ingat lagi… bunyi mesin di dewan bedah, langkah jururawat, dan pesakit yang terbaring menanti rawatan.
Itulah dunia saya selama bertahun-tahun dunia seorang doktor pembedahan di salah sebuah hospital kerajaan.

Setiap hari, saya keluar awal pagi dan balik lewat malam.
Senyum pesakit jadi kekuatan, tapi… setiap kali saya balik ke rumah, tengok anak-anak sudah tidur hati saya mula rasa kosong.

Saya sayang kerja saya, tapi saya lebih sayang masa bersama keluarga.
Itulah titik mula perubahan hidup saya.

Pada usia 33 tahun, saya buat keputusan besar saya keluar dari zon selesa dan mula berniaga. Bukan kerana saya pandai berniaga. Tapi kerana saya mahu cari makna baru dalam hidup.

Dan bila saya mula, saya sedar satu perkara ilmu perubatan tak sama dengan ilmu perniagaan. 6 bulan pertama adalah fasa paling mencabar dalam hidup saya.

Saya pernah lihat darah dan luka di dewan bedah, tapi luka hati usahawan yang tak ada hasil itu jauh lebih pedih.

Walaupun jualan meningkat, duit sentiasa tak cukup. Cashflow bocor, kos tinggi, pinjaman menekan. Saya tak pernah rasa tekanan seteruk itu.

Dan kemudian, Covid-19 melanda.

Pesakit tiada. Klinik sunyi.
Tapi komitmen tetap berjalan.
Sewa, gaji staf, bil semuanya menuntut dibayar.
Saya terpaksa berfikir bukan lagi sebagai doktor, tapi sebagai kapten kapal yang sedang dilanda ribut.

Tapi saya percaya, rezeki Allah tak pernah salah alamat.
Saya lebih rela berjuang daripada menyerah. Saya percaya, kalau niatnya betul pasti Allah bukakan jalan.

Dan benar, selepas badai itu, Ummah Healthcare mula bangkit semula.

Titik perubahan besar berlaku bila saya sertai FunnelEvo. Waktu itu saya sedar untuk bisnes naik, struktur mesti betul.

Saya mula bina semula asas syarikat:

  1. Admin, HR, Finance, Marketing semua centralized di HQ.
  2. Staf mula berdikari dan lebih proaktif.
  3. Cawangan mula mencatat peningkatan 10–15%, dan HQ meningkat hingga 40%.

Dari situ saya sedar, bila sistem betul bisnes boleh berkembang tanpa kita perlu tenggelam dalam rutin.

Hari ini, Ummah Healthcare bukan lagi sekadar klinik. Ia satu perjuangan untuk memberi rawatan yang berjiwa, dan membina sistem bisnes yang berprinsip.

Saya belajar, kejayaan bukan datang dari keberanian mula.
Ia datang dari ketekunan untuk teruskan walaupun dah beribu kali jatuh.

Kalau anda sedang berjuang dalam bisnes, jangan takut untuk belajar.
Ilmu digital bukan sekadar trend, ia senjata untuk bertahan. Zaman buka kedai dan tunggu pelanggan dah lama berlalu. Sekarang, kita perlu tahu cara menarik pelanggan secara digital, mengurus sistem, membaca data, dan membina jenama yang dipercayai.

Hari ini saya masih seorang doktor cuma bezanya, saya bukan lagi hanya merawat manusia. Saya kini merawat bisnes dan jiwa usahawan lain supaya terus hidup, terus sihat, dan terus berkembang.

Kerana dalam dunia ini, bukan semua luka nampak di mata. Ada luka dalam yang hanya boleh sembuh bila kita berani buat keputusan besar dalam hidup.

Dan keputusan terbesar saya ialah menjadi doktor kepada bisnes saya sendiri.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !