Pendaftaran Rahsia Sales Online Dibuka Untuk Zon Timur Tengah Utara Selatan Timur Sabah Sarawak

Iklan Facebook Anda Lambat Approve? Cuba Cara Ni…

IMG_1423

Minggu lepas ketika kelas Funnel Hacker berlangsung selama 6 hari berturut-turut di FunnelEvo Academy, Kota Damansara, ramai usahawan yang hadir untuk belajar berdepan dengan situasi ini.. ;

“Coach! Kenapa orang lain punya iklan kejap jer dah approve & aktif.. tapi saya punya dah lebih 1 hari dok “in review” macam tuuu jerr..?”

Haa, siapa yang tengah baca artikel ni, anda pun pernah berdepan situasi yang sama? Apa nak buat ye?

Sebenarnya, saya pun selalu berdepan dengan situasi ni.. Pernah kena, sampai 2 hari iklan masih “in review”.. Jadi dalam artikel kali ini, saya terpanggil untuk berkongsi kepada anda cari yang biasa saya buat…

By the way, semua ini ilmu Allah s.w.t.. Mungkin perkongsian saya kali ini anda pernah terbaca dari orang lain.. Wallahu a’lam.. 😊

Ayuh mulakan!

Step 1 : Isi Borang Rayuan

–> KLIK SINI UNTUK KE BORANG RAYUAN YANG DISEDIAKAN FACEBOOK

Step 2 : Masukkan ID Iklan Anda

Di ruangan borang yang tertulis Ad ID seperti dibawah, anda perlu masukkan ID iklan anda

Mana nak dapatkan ID Iklan anda?

Ok, ikut step ni pula…

  1. Masuk ke Ads Manager
  2. Di bahagian Campaign, tick pada iklan anda yang masih review
  3. Kemudian, masuk ke bahagian Ads dan klik ‘edit’ pada iklan tersebut
  4. Last sekali, klik pada titik tiga yang ada dibahagian atas sebelah kiri, dan copy ID Ad anda untuk diletakkan pada borang rayuan. Rujuk gambar dibawah ;

Step 3 : Masukkan Ayat Rayuan

Di ruangan kotak bawah pada borang rayuan tersebut, jangan lupa masukkan sedikit ayat ringkas untuk pihak Facebook percepatkan proses review iklan anda.. Sebagai contoh ;

Dear Facebook, my Ads has been pending review for more 24 hours. Hopefully that you can kindly speed up the review process. Thank you.. =)

Akhir sekali, klik pada butang “Send” yang berwarna biru dibawah untuk hantar borang rayuan anda.

Itu sahaja!

InsyaAllah iklan anda akan aktif dalam masa 1 – 2 jam selepas langkah-langkah di atas dibuat.

Tapi kalau iklan tak approve juga? 😅

Itu dah kira hal lain.. Mungkin iklan anda ada melanggar mana-mana Polisi Facebook. Macam mana nak tahu tentang polisi iklan Facebook? KLIK DISINI.

Setakat ini sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Dan jika anda rasa artikel ini boleh membantu orang lain, jangan lupa SHARE okay?

Oh ya.. kot-kot ada yang tanya apa itu kelas Funnel Hacker yang saya cerita di awal artikel ini, itu sebenarnya adalah kelas teknikal untuk belajar step by step topik digital marketing seperti Facebook, Messenger, Google, Email dan Website.

Nak tahu lebih info? KLIK JER SINI.

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Scroll to Top