Generasi kedua Berjaya Kembangkan Bisnes Kedai Emas Murni Mastika!

Tidak ramai yang bersedia menjadi usahawan, apatah lagi bila terpaksa memikul tanggungjawab besar tanpa persediaan awal. Inilah kisah Puan Ili Munirah, pewaris Kedai Emas Murni Mastika di Jengka, Pahang. Beliau membuktikan bahawa ketabahan, tindakan berani, dan ilmu yang tepat mampu mengubah segalanya.

Selesai pengajian, beliau terus bekerja dengan ayahnya di kedai emas keluarga. Beliau berperanan sebagai team sales yang mengurus pelanggan dan jualan.

Namun, selepas pemergian ayahnya secara mengejut akibat serangan jantung, segala-galanya berubah. Tanpa ilmu urus bisnes, Puan Ili terpaksa mengambil alih kedai emas tersebut dalam keadaan tiada ilmu menguruskan bisnes.

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, Puan Ili baru sahaja mengeluarkan modal untuk stok emas. Stok belum sempat dijual, kedai terpaksa ditutup. Tetapi pembekal tetap menuntut bayaran.

Beliau berada dalam keadaan panik, tertekan dan tidak tahu ke mana harus dituju. Ini adalah saat paling mencabar dalam perjalanan bisnes beliau.

Tahun 2024, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Program Mastermind FunnelEvo. Program ini memberi bimbingan langsung, strategi dan panduan sistematik untuk mengurus serta mengembangkan bisnes dengan lebih teratur dan efisien.

Sebelum Menyertai Mastermind di FunnelEvo:

  1. Hanya mempunyai 4 orang staf.
  2. Beliau terlibat sepenuhnya dalam operasi harian.
  3. Kedai terpaksa tutup jika bercuti.
  4. Tiada strategi marketing beliau hanya bergantung kepada live.
  5. Lokasi kedai di kawasan kampung, pelanggan makin kurang
  6. Sales stuck RM100,000 sebulan (pernah jatuh ke RM50,000)
  7. Sasaran RM1 juta setahun sukar dicapai

Selepas menyertai FunnelEvo:

  1. Sales meningkat ke RM300,000 sebulan.
  2. Capai RM1 juta dalam masa 3 bulan (Jan – Mac 2025).
  3. Mula melaksanakan strategi marketing besar-besaran seperti banner, dan berani melabur pada FB Ads.
  4. Berani untuk tambah staf jadi 6 orang (2 orang khusus untuk TikTok Live).
  5. Naikkan seorang staf menjadi supervisor di kedai.
  6. Bebas dari operasi kedai kini bercuti 20 hari ke London tanpa risau kerana sales tetap masuk.

Pengajaran Terbesar: Ilmu, Mentor dan Sistem Perjalanan Puan Ili Munirah membuktikan bahawa dengan mentor yang betul, strategi yang jelas, dan tindakan berani sesiapa sahaja boleh ubah bisnes mereka.

Hari ini, beliau bukan sahaja berjaya keluar dari operasi bisnes, malah sedang mengorak langkah sebagai seorang founder sebenar untuk fokus pada perkembangan syarikat, team dan strategi jangka panjang.

Kisah Usahawan Yang Boleh Jadi Inspirasi Anda JugaBisnes emas beliau kini bukan lagi kedai kampung yang bersaing tanpa arah. Ia telah berkembang menjadi bisnes mapan, dengan team mantap dan strategi jelas dengan hasil tunjuk ajar dan ilmu daripada program Mastermind FunnelEvo.

Dan kalau beliau boleh lakukan transformasi besar ini dalam masa 3 bulan… Kenapa tidak anda juga?

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !