Pernah tak anda rasa staf mula berkira-kira—semua benda nak dikira, dari minit kerja lebih masa sampai ke sen sen dalam elaun? Kalau terlalu kalkulatif, lama-lama boleh meracun budaya kerja dalam syarikat. Tapi jangan risau, ada jalan penyelesaian yang bijak dan matang.
1. Didik Tentang Perancangan Kewangan & Realiti Syarikat
Ramai staf fikir gaji naik itu hak mutlak. Hakikatnya, kenaikan gaji bergantung pada prestasi syarikat, bukan sekadar “dah lama kerja”. Beri mereka pendedahan tentang aliran tunai, kos operasi, dan untung rugi syarikat. Bila mereka faham bagaimana syarikat bergerak, barulah mereka nampak logiknya kenapa sesuatu kenaikan atau elaun itu ambil masa.
2. Kenal Pasti “Hot Button” Mereka
Setiap orang ada impian—nak beli kereta, beli rumah, bayar hutang PTPTN. Bila anda tahu apa yang mereka nak capai, anda boleh kaitkan dengan prestasi kerja:
“Kalau awak capai target ini, kita boleh bantu dengan insentif yang boleh bantu bayar deposit rumah.”
Gunakan matlamat peribadi mereka sebagai pemacu motivasi. Tiba-tiba mereka akan lebih bersemangat sebab nampak hala tuju yang lebih besar dari sekadar gaji bulanan.
3. Bezakan Antara Berkira & Tidak Setia
Kalau seorang staf terlalu berkira sampai langsung tak boleh give and take, enggan buat lebih dari minimum, dan tak nampak semangat untuk tolong syarikat maju—itu bukan soal gaji lagi. Itu soal attitude. Mungkin mereka bukan orang yang sesuai untuk jangka masa panjang.
Syarikat yang kuat dibina oleh staf yang sanggup “jalan jauh” bersama, bukan yang hanya datang untuk ambil gaji dan balik.
Kita tak boleh elak staf dari fikir pasal duit—itu normal. Tapi kita boleh ubah cara mereka fikir tentang duit dan kerja. Didik mereka, kenal matlamat mereka, dan tapis siapa yang benar-benar layak untuk bersama anda bina syarikat yang lebih kukuh.
Nak syarikat maju, pastikan pasukan pun selari dengan visi.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!