Hari ini bukan sekadar satu perhimpunan. Masuk tahun ke-10 perjalanan FunnelEvo, fokus kami semakin jelas. Bukan sekadar membina program, platform atau teknologi tetapi membina kejayaan sebenar usahawan.
Tahun 2026 menjadi titik penting dalam sejarah kami.
Kami membawa misi besar untuk membantu 1,000 bisnes mencapai RM1 juta pertama, sebagai langkah melahirkan generasi founder yang lebih stabil, berdaya tahan dan mampu berkembang ke tahap seterusnya.
Dalam semangat yang sama, ia adalah detik menyatukan lebih 80 insan hebat daripada FunnelEvo Apex Consulting, FunnelEvo Corporate & Training, Kuasa, FunnelEvo College, BuatSaja Media dan Nexus di bawah satu visi yang sama: membina organisasi berprestasi tinggi yang berakar pada nilai dan disiplin.
Lebih istimewa, sesi kali ini bertemakan pakaian tradisional simbol warisan, identiti dan akar budaya yang kita junjung tinggi. Setiap busana yang digayakan bukan sekadar pakaian, tetapi lambang jati diri, nilai dan rasa bangga terhadap asal-usul.
Dalam suasana penuh warna budaya dan semangat perpaduan, FunnelEvo menyatukan FunnelEvo Apex Consulting, FunnelEvo Corporate & Training, Kuasa, FunnelEvo College, BuatSaja Media dan Nexus di bawah satu pentas yang sama.

Townhall kali ini bukan hanya tentang angka, laporan atau pencapaian tahunan.
Ia adalah tentang mengiktiraf karakter. Tentang meraikan insan yang bukan sekadar bekerja, tetapi membentuk budaya.
Tahniah kepada semua pemenang FunnelEvo Townhall Award
Setiap anugerah adalah simbol integriti, konsistensi dan standard luar biasa.
Setiap anugerah yang dipertandingkan bukan sekadar simbolik.
Ia hadir bersama penghargaan yang setimpal atas usaha, disiplin dan prestasi luar biasa yang ditunjukkan sepanjang tahun.
Senarai Penerima Anugerah

1. Tuan Ahmad Ezam – Anugerah Breed Rare (Rising Star)
Bakat yang jarang ditemui. Cepat belajar, cepat bertindak, dan berani memikul tanggungjawab besar. Inilah definisi rising star sebenar bukan sekadar potensi, tetapi prestasi yang sudah terbukti. Khusus bagi penerima Anugerah Rare Breed (Rising Star), ganjaran yang diberikan lebih tinggi iaitu hamper eksklusif, sijil pengiktirafan serta wang tunai sebanyak RM700.00.

2. Puan Azidah Osman – Own It Award
Akauntabiliti tanpa kompromi. Tidak menyalahkan keadaan. Tidak menuding jari. Setiap tugasan dipegang dengan penuh tanggungjawab sehingga selesai dengan cemerlang. Pemenang membawa pulang hamper eksklusif, sijil pengiktirafan rasmi serta wang tunai sebanyak RM500.00 sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang tahun

3. Tuan Adam Afiq – The Process Award
Setia pada sistem. Percaya pada disiplin. Faham bahawa kejayaan bukan magik, tetapi hasil daripada proses yang dijaga rapi setiap hari. Pemenang membawa pulang hamper eksklusif, sijil pengiktirafan rasmi serta wang tunai sebanyak RM500.00 sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang tahun

4. Miss Nasuha Juhari – Make It Happen Award
Perancang yang bukan sekadar merancang. Setiap idea diterjemahkan menjadi tindakan. Setiap strategi digerakkan hingga menjadi realiti. Pemenang membawa pulang hamper eksklusif, sijil pengiktirafan rasmi serta wang tunai sebanyak RM500.00 sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang tahun

5. Puan Irin Yahya – Best Leadership Award
Memimpin dengan visi yang jelas dan integriti yang teguh. Membimbing bukan dengan arahan semata-mata, tetapi dengan contoh dan kepercayaan. Pemenang membawa pulang hamper eksklusif, sijil pengiktirafan rasmi serta wang tunai sebanyak RM500.00 sebagai simbol penghargaan terhadap dedikasi dan disiplin yang ditunjukkan sepanjang tahun

Tahniah juga kepada Tuan Azlan Shah, pemenang Contest Content FunnelEvo!
Setiap penyertaan memang kreatif dan ada effort yang jelas. Idea menarik, penyampaian pun confident memang nampak kesungguhan masing-masing.
Tapi kemenangan berpihak kepada Tuan Azlan kerana berjaya raih views dan engagement tertinggi. Semoga kemenangan ini jadi pembakar semangat untuk terus hasilkan content yang lebih baik dan lebih memberi impak.
Selaras dengan tema Townhall kali ini, FunnelEvo turut memperkenalkan Anugerah Khas Pakaian Tradisional sebagai simbol penghargaan kepada mereka yang bukan sahaja hadir dengan prestasi, tetapi juga menzahirkan semangat budaya dan identiti dengan penuh bangga.
Kerana di FunnelEvo, kita bukan sekadar membina organisasi moden dan berprestasi tinggi kita juga menghormati akar warisan yang membentuk jati diri.
Bagi kategori Best Dress (Lelaki dan Perempuan) bersempena tema pakaian tradisional, setiap pemenang menerima hamper eksklusif serta wang tunai sebanyak RM200 sebagai tanda penghargaan atas penampilan yang beridentiti dan menjiwai semangat budaya


Antara kategori khas yang dipertandingkan
Best Traditional Attire Award (Lelaki)
Diberikan kepada individu lelaki yang menampilkan busana tradisional paling kemas, berkarisma dan beridentiti.
Best Traditional Attire Award (Wanita)
Diberikan kepada individu wanita yang menggayakan pakaian tradisional dengan penuh elegan, sopan dan memukau..
Anugerah ini bukan sekadar tentang gaya.
Ia tentang keyakinan.
Tentang penghormatan terhadap budaya.
Tentang membawa identiti dengan penuh bangga dalam ruang profesional.
Kerana organisasi yang kuat bukan sahaja tahu ke mana ia mahu pergi, tetapi juga tidak pernah lupa dari mana ia bermula
Di FunnelEvo, prestasi bukan hanya tentang mencapai sasaran jualan.
Prestasi adalah tentang membina budaya yang betul untuk jangka masa panjang.
Ada yang cemerlang kerana konsistensi.
Ada yang kuat kerana akauntabiliti.
Ada yang kukuh kerana disiplin proses.
Ada yang laju kerana tindakan.
Dan ada yang tinggi kerana kepimpinan.
Inilah standard kami.
Inilah DNA FunnelEvo.
Dan jika anda mempunyai semangat yang sama mahu berkembang, mahu memberi impak, mahu menjadi game changer mungkin inilah tempat anda.
Kerana di sini, kejayaan bukan sekadar diraikan.
Ia dibentuk.
Ia dilatih.
Dan ia diwariskan.
Adakah anda juga mempunyai matlamat yang sama seperti kami di FunnelEvo?
Jika ya, kami sedang memburu anda.
Kami mencari game changer yang berbakat, bersemangat luar biasa, dan mahu buat impak besar dalam hidup orang lain.
- Pakar dalam digital marketing
- Penulis yang pandai menyentuh hati dan jiwa
- Speaker yang suka berkongsi ilmu
- Ada kemahiran bantu usahawan berjaya
- Suka bantu orang lain capai impian
Kalau itu anda, JOM sertai Team FunnelEvo!
Hantar resume ke: [email protected]
Mari bersama kami bantu lebih ramai usahawan kembangkan bisnes mereka dan jayakan misi memperkasakan bangsa.
