FunnelEvo Team Building 2024!

Lebih 70 orang staff Team FunnelEvo sahut cabaran aktiviti yang paling ekstrim iaitu Water Rafting! Water Rafting memang bahaya dan risiko kecederaan tetap ada. Tapi Team FunnelEvo tetap bersemangat untuk lawan rasa takut!

Sejujurnya, setiap seorang staff pada hari ini diuji dari segi kekuatan, keberanian, keyakinan dan paling penting kerjasama dalam pasukan sebab Aktiviti seterusnya adalah Squid Game versi Malaysia dan Archery Combat 😆

3 aktiviti untuk Squid Game ialah bina bangunan paling tinggi dengan menggunakan kertas, ‘flip’ botol untuk lihat teknik setiap individu terbalikkan botol dengan pantas dan akhir sekali uji kekuatan setiap team untuk angkat meja guna jari kelingking! Fuh, jari memang sakit. 😂

Paling penting kami enjoy dan sentiasa tunjukkan energy yang luar biasa tau!

Majikan, jika tidak pernah lakukan Team Building untuk syarikat anda. Sekali sekala bawa lah team keluar dari pejabat untuk melihat kebolehan, kepakaran, kemahiran dan mengeratkan kerjasama antara staff. Selain dapat bantu beri idea dan strategi untuk mula maju kehadapan dalam bisnes.

Sebab apa? FunnelEvo kini sedang berkembang laju dan mula memasuki pasaran antarabangsa.

Orang Macam Mana Yang Kerja Dengan Funnelevo?

Funnelevo komited nak bantu lebih ramai usahawan untuk GROW kan bisnes mereka lebih laju. Untuk capai impian ini, kami perlu lebih ‘horsepower’ !

Team marketing FunnelEvo pakar dalam pemasaran.
Cakap tentang saja Digital Marketing, serba serbi 1000 perkara, memang makanan mereka siang malam fikir idea creative, setting dan deliver ‘mesej’ tepat kepada seluruh pelusuk alam!

Team Creative? Mestilah ada!
Mereka ni gila-gila sikit. Nak buat video viral, nak buat poster taraf antarabangsa, nak buat ‘mesej’ yang sampai memang kepakaran mereka. Tahap power mereka ni, dengan video dan poster boleh buat pemasaran zero kos!

Team Consultant FunnelEvo memang rajin menjawab soalan-soalan usahawan.
Dari cabaran sales, pemasaran, nak ambil pekerja, nak buang pekerja, nak pujuk pekerja bermacam ragam! Ini memang makanan team Consultant FunnelEvo.

FunnelEvo juga ada team corporate.
Mereka ni memang power buat proposal! Kerja memang professional. Siap dah ada tower sendiri di Kota Damansara tau. Kerja mereka teratur tapi menyantuni agensi-agensi syarikat, agensi kerajaan dalam memberi nilai tambah kepada usahawan-usahawan dibawah naungan agensi.

Team support dan Team Event.
Mereka ni yang sibuk melayan pertanyaan pelanggan. Menyantuni cabaran teknikal yang dihadapi. Style kerja 24 jam! Yang penting pastikan seberapa ramai pelanggan yang boleh puas hati dan gembira.

Bersama FunnelEvo juga ada Team KUASA yang dah pun capai ketahap antarabangsa!
Fokus kepada sofware support kepada usahawan-usahawan untuk simpan database dan strategi launching yang berkesan!

Jangan lupa team HR dan Accountant.
Yang kira setiap sen duit yang keluar masuk dan team yang uruskan kebajikan pekerja. Tak ada mereka ni, tak terurus bisnes! Silap silap pekerja pun keluar masuk macam keluar masuk pasaraya!

FunnelEvo juga ada deparment trainer-trainer yang luar biasa!
Kepakaran digital marketing ,social media, copywriting, video creative, google ads, creative design, business development, accounting haih penat menuliss…serba serbi ada! Trainer ajar bercakap pun ada tau.

Semua dengan perangai dan ragam masing-masing.

Tapi dibawah FunnelEvo mereka bersatu dan berkumpul dan berikan 101% tenaga, usaha,idea dan masa mereka untuk bantu lebih ramai usahawan-usahawan diluar sana.

Sehinga hari ini FunnelEvo ada hampir 80 orang pekerja. Kami nak buka lebih banyak peluang pekerja, tak kira anda dari kepakaran apa!

Apply dulu dan kita bincang ok?

Hantarkan resume anda ke [email protected]

Lawan tetap lawan!

Bantu tag rakan-rakan anda yang memang sukakan digital marketing , dunia keusahawan dan suka bantu orang!

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!