FunnelEvo Group Terima NONA Best Business Leadership & GrowthExcellence Award 2026

Alhamdulillah. Chairman FunnelEvo Group, Tuan Fahdi Ghazali, dan CEO FunnelEvo Group, Tuan Shariffudin Sahedan, telah menerima NONA Best Business Leadership & Growth Excellence Award di NONA Gala Awards 2026 pada 18 November 2026, bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur.

Pengiktirafan ini hadir pada tahun yang cukup istimewa, iaitu ketika FunnelEvo genap 10
tahun membantu dan membangunkan usahawan Malaysia.

Anugerah Pada Tahun Ke-10

FunnelEvo bermula dengan satu niat membantu usahawan Malaysia membina bisnes yang
lebih tersusun dan berkembang.

Sepuluh tahun kemudian, perjalanan itu telah melalui pelbagai fasa. Ada jatuh bangun, cabaran dan pengorbanan yang mematangkan kami sebagai sebuah organisasi. Kerana itu, anugerah kepimpinan dan pertumbuhan ini terasa sangat bermakna. Ia datang bukan pada permulaan, tetapi selepas satu dekad kerja keras seluruh pasukan.

Pertumbuhan Yang Diiktiraf

Tahun 2026 menjadi antara tahun paling aktif dalam sejarah FunnelEvo Group:

  • Pelancaran KUASA OS pada 5 Oktober 2026, sistem operasi perniagaan berkuasa AI
    yang kini digunakan oleh sekitar 400 pengguna.
  • BuatSaja Media melepasi 130 juta tontonan terkumpul melalui platform media dan
    podcast.
  • Kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia dan pelbagai organisasi lain.
  • Pengembangan FunnelEvo Group merangkumi latihan, konsultasi, teknologi AI,
    pendidikan dan media.

NONA Best Business Leadership & Growth Excellence Award turut menyusul pengiktirafan di Kelantan Business Entrepreneurship Awards pada tahun yang sama.

“Jangan Terlalu Meraikan Kejayaan”

Di sebalik semua pencapaian ini, Tuan Fahdi Ghazali sentiasa mengingatkan dirinya dan
seluruh pasukan tentang satu perkara.

“Jangan sampai kita terlalu meraikan kejayaan, sehingga terlupa siapa yang mengizinkan kejayaan itu.”

Bagi beliau, manusia boleh bermimpi besar dan merancang besar. Tetapi tiada apa yang
berlaku tanpa izin Allah SWT.

We can dream big. We can plan big. But nothing happens without Allah’s permission.

Kepimpinan Yang Mengukur Hasil

Bagi Tuan Shariffudin Sahedan, anugerah ialah sesuatu yang diraikan. Tetapi hasil ialah
sesuatu yang perlu dinilai.

Achievement is what we celebrate. ROI is what we must evaluate.

Beliau menekankan bahawa 130 juta tontonan perlu diukur dengan berapa ramai yang mendapat manfaat. 400 pengguna KUASA OS perlu diukur dengan berapa banyak masa dan kerja yang dapat mereka jimatkan. Dan 10 tahun FunnelEvo perlu diukur dengan berapa ramai founder yang benar-benar membina bisnes yang lebih tersusun dan menguntungkan.

Sebagai pemimpin, tugasnya bukan sekadar memastikan pasukan bekerja keras, tetapi memastikan setiap usaha ada tujuan yang jelas.

Kejayaan Ini Milik Semua

Walaupun dua nama yang naik ke pentas, anugerah ini bukan milik dua individu. Ia milik seluruh warga FunnelEvo, barisan jurulatih, rakan strategik, alumni dan ribuan usahawan yang terus memberikan kepercayaan kepada FunnelEvo sepanjang 10 tahun ini.

Kejayaan bukan tentang sejauh mana kita mampu pergi seorang diri, tetapi berapa
ramai orang yang dapat kita bawa berjaya bersama.

Ini Bukan Penamat

Anugerah ini satu penghargaan. Tetapi tanggungjawab yang dibawa jauh lebih besar. FunnelEvo Group akan terus membawa misi membantu 1,000 founder mencapai RM1 juta pertama dan memperkasakan 5,000 usahawan melalui KUASA OS.

Kejayaan itu nikmat. Menjadikan kejayaan itu manfaat kepada orang lain, itulah amanah.
Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan
ini. Doakan kami terus istiqamah memberikan manfaat.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!