FunnelEvo Jelajah Pantai Timur Bantu Usahawan

Nak buat sesuatu, buat sungguh-sungguh. Kalau tak nak buat tak payah buat! Itulah kata-kata keramat dari Life & Business Growth Mentor Tuan Fahdi Ghazali.

Alhamdulillah penutup tahun 2023, team FunnelEvo bersama General Managers FunnelEvo Tuan Fadhil Rasul berjaya menjajah 3 negeri di Pantai Timur untuk bertemu dengan anak didik FunnelEvo.

Pada 28/12/2023 kami bergerak dari Kota Damansara ke Kelantan dengan jarak lebih kurang 365KM yang mengambil masa hampir 6 jam untuk ke tempat President FunnelEvo yang pertama iaitu Puan Noraini Ahmad yang menjalankan Pizza Jangok Mek Ani.

Kami tiba hampir jam 10.30 pagi di kedai beliau, kami terkejut melihat Kedai Pizza Jangok Mek Ani yang besar dan penuh dengan pelanggan beratur walaupun kedai baru sahaja di buka. Lagi terkejut apabila kami masuk ke kedai penuh kotak Pizza yang dah ready untuk di hantar pada pelanggan yang buat tempahan melalui ejen beliau.

Kami bangga sungguh dengan usahawan Jeli ni, semua kerja-kerja dijalankan dengan penuh sistematik. Kami doakan Pizza Jnagok Mek Ani terus maju, dan berjaya meningkatkan ekonomi setempat dengan memberi peluang pekerjaan yang lebih besar. Insyaa-Allah.

Di Kelantan juga, tempat seterusnya yang kami melawat adalah tempat anak didik President Prime iaitu Raja Perfumes yang di miliki oleh Tuan Rahimie dan Puan Adilah di Pasir Tumboh, Kota Bharu.

Kami tiba di HQ Raja Perfumes tepat jam 2 petang, kami di sambut oleh pasangan ini dan team beliau. Di sini kami diterangkan dengan pelbagai strategi, setup dan planning beliau untuk menghadapi cabaran bisnes untuk tahun 2024.

Pasangan ini sangat ramah dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Kata Life & Business Mentor Tuan Fahdi Ghazali, dalam silaturahim ada rezeki.

Tempay yang terakhir sempat kami ziarah di Kota Bharu adalah di tempat Tuan Nizar dan Tuan Shahidan yang merupakan founder Empayar Jersey yang terletak di Pengkalan Chepa, Kota Bharu.

Walaupun hari hampir senja kami sempat juga melawat ke pejabat baru beliau yang jaraknya hanya 200 meter dari tempat lama yang beliau beroperasi.

Hari kedua Jelajah HLC Pantai Timur ke negeri seterusnya iaitu ke Terengganu, di negeri Terengganu kami ke Ombak Pantai yang terletak di Penarek, Setiu. Di sini kami di sambut oleh Tuan Jamil dan Puan Fatieha yang merupakan founder Ombak Pantai.

Beliau ini merupakan anak didik President di FunnelEvo, pasangan ini dulunya tenggelam dalam kerja operasi kerana belum ada managers dan HR.

Alhamdulillah selepas berguru pasangan ini tidak lagi risau untuk keluar travel kerana bisnes tetap beroperasi seperti biasa.

Dalam keadaan jadual yang penuh, dalam keadaan cuaca yang tak menentu syukur kami sempat memenuhi jemputan kahwin salah adik kepada student President FunnelEvo iaitu Cik Hafizzatul pemilik Perusahaan Sahabat Global yang menjalankan bisnes cili boh.

Hentian kami seterusnya adalah di Dungun, Terengganu iaitu di Klinik Nova Pulau Serai yang dimiliki oleh Dr. Fikri dan Khairol Faiber Group yang dimiliki oleh Tuan Khairuddin.

Tuan Khairuddin bukan baru dalam perniagaan, beliau dah lama berniaga. Tapi dalam perniagaan, biasalah ada naik dan turun, pengalaman berpuluh tahun dalam perniagaan tidak menghalang beliau untuk menuntut ilmu untuk pastikan bisnes beliau sekarang mengikut perubahan zaman semasa terutama zaman bisnes di platform Media Sosial yang boleh memberikan pulangan luar biasa jika digunakan dengan cara yang betul.

Alhamdulillah, baru-baru ini beliau berjaya buat jualan RM175 ribu sehari dengan jual bot fibre sis! Ingat hari-hari ada orang nak beli bot? Ini kan produk kecantikan dan tudung yang hari-hari orang guna.

Pengalaman perniagaan yang lama tidak meletakkan Tuan Khairuddin di tahap yang selesa. Beliau sedar kepentingan upgrade ilmu dari masa ke masa api dalam perniagaan, untuk pastikan bisnes beliau sekarang mengikut perubahan zaman semasa terutama zaman bisnes di platform Media Sosial yang boleh memberikan pulangan luar biasa jika digunakan dengan cara yang betul.

Jelajah Pantai Timur hari ke tiga, ini merupakan negeri ke tiga kami jelajah iaitu Pahang. Kami mulakan jelajah kami pada waktu pagi, kami sempat ke Warung Mazenah yang telah beroperasi hampir 40 tahun yang kini dijalankan oleh generasi kedua iaitu Tuan Firdaus dan Tuan Faridzuan yang merupakan anak kepada Puan Mazenah.

Tuan Faridzuan merupakan anak didik FunnelEvo di President Circle. Sebelum beliau menyertai FunnelEvo beliau tenggelam dalam operasi bisnes, semua perkara beliau buat sendiri. Alhamdulillah sekarang semuanya dah bersistem, beliau juga mempunyai managers.

Perubahan selepas Tuan Faridzuan berada di President Circle adalah kini dah ada 2 cawangan dan mempunyai peningkatan sales berbanding tahun lepas. Pencapaian yang membanggakan bila boleh keluar dari Operation proses dan ada masa untuk buat strategi planning. Perubahan sejak mula naikkan staf lama yang berkelayakan ke Manager Cawangan. Pengurusan lebih teratur dan sistematik. syarikat dah mula ada struture organizatation cart. Sejak berlajar dengan FunnelEvo tambahan 1 platform marketing iaitu di Tik tok. Sekarang dah run ads Facebook &  Tik tok selepas masuk Funnel Hacker & EMU+.

Kemudian kami bergegas pula ke Gambang untuk ke kilang Puan Ainul pemilik Afaa Group Industries Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan pembekal makanan sejuk beku yang halal.

Cabaran Puan Ainul sebelum dibimbing adalah sale stuck, nampak peluang untuk grow, tetapi tak dapat grow sebab kekangan dari segi modal. Alhamdulillah selepas bersama FunnelEvo di President beliau lebih berani untuk ambil staf, sebelum ini mempunyai staff 2 orang sahaja sekarang mempunyai staf 7 orang termasuk HR.

Tahniah Puan Ainul di atas perkembangan bisnes beliau!

Maka berakhirlah Jelajah HLC Pantai Timur untuk tahun 2023. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun cuaca kurang baik namun segalanya dapat diharungi.

Tidak lupa juga untuk kami mengucapkan terima kasih kepada semua anak didik FunnelEvo President ataupun Mastermind yang sudi turun padang ada yang dari utara seperti Puan Amy Abdullah, dari selatan iaitu Mr. Gue dan tak lupa juga Tuan Faridzuan yang turun ke Kelantan dari Kuantan.

Semoga ukwah yang terjalin ini akan kekal ke Jannah. Insya-Allah.

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!