FunnelEvo Bersama Matrade Mendedahkan Penyediaan Mengeksport Produk Ke Luar Negara!

Apa Itu Eksport?

Pengeksportan ditakrifkan sebagai mengambil atau menyebabkan barang atau komoditi dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara, menggunakan vesel, kenderaan atau pesawat untuk tujuan perdagangan. Mengeksport adalah cara yang baik untuk mengembangkan perniagaan anda dan jika dilakukan dengan bijakl, dapat meningkatkan lagi keuntungan perniagaan anda dengan ketara.

Mengapa Perlu Membangunkan Perniagaan Anda Melalui Eksport?

Mendapatkan keseimbangan yang betul di antara perdagangan antarabangsa dan domestik boleh melindungi perniagaan anda jika terdapat kemerosotan pada salah satu pasaran anda. Mengeksport juga akan mendedahkan anda kepada idea-idea baru, teknik pemasaran dan cara-cara bersaing. Cabaran dan kemenangan yang anda alami melalui pengeksport ke pasaran luar negara juga akan membantu mengembangkan kemahiran dan keupayaan anda untuk bersaing dengan lebih mantap di pasaran domestik anda.

Bagaimana Untuk Mula Mengeksport

Kejayaan mengeksport tidak berlaku secara tiba-tiba atau secara tidak sengaja – ia memerlukan persediaan, perancangan dan komitmen yang teliti.

Adakah Sokongan Dan Bantuan Disediakan Untuk PKS Yang Menjadi Pengeksport?

Pelbagai inisiatif dan program sokongan disediakan untuk meningkatkan eksport di kalangan pengeksport PKS di Malaysia. Misalnya, MATRADE sebagai agensi promosi eksport Malaysia menawarkan pelbagai program pembangunan pengeksport dan mengatur aktiviti promosi eksport untuk syarikat Malaysia. Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bekerjasama dengan agensi lain seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), SME Corp. Malaysia dan SME Bank untuk melaksanakan inisiatifnya.

Alhamdulillah hari ini 29 March 2024 High Level Coaching FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind bersama Ms Ezzawanee Ahmad dari Ketua Unit Khidmat Nasihat Pengeksport MATRADE mendedahkan bagaimana cara untuk masuk pasaran luar negara dan kongsikan persediaan untuk mengeksport produk ke luar negara.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman sesawang MATRADE.

Ini antara event yang boleh disertai melalu MATRADE.

Anda berminat untuk didedahkan dengan info-info ini dan menjadi sebahagian daripada High Level Coaching FunnelEvo?

Nak tahu bagaimana anda boleh grow bisnes lebih laju bersama FunnelEvo?

Boleh hubungi di Whatsapp Pegawai Kami sekarang»

Tuan Azlan- https://wa.me/60184092766

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!