Fungsi Terbaru Dari Whatsapp

Baru-baru ini Whatsapp telah melancarkan satu fungsi terbaru untuk aplikasi mereka. Fungsi tersebut hanya membenarkan admin group sahaja untuk menghantar mesej. Kebanyakan group whatsapp dicipta untuk menerima maklumat penting atau untuk membuat pengumuman rasmi. Antara pengguna yang banyak menggunakan fungsi whatsapp group adalah ibu bapa dan guru disekolah, syarikat-syarikat kecil dan bermacam-macam lagi.

Menurut Whatsapp, mereka membina fungsi ini untuk memudahkan pengguna mereka untuk menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai tempat untuk mereka membuat pengumuman. Sebelum ini, emel adalah elemen yang digunakan untuk memaklumkan sebarang pengumuman rasmi namun dengan hadirnya fungsi terbaru daripada Whatsapp ini, ini akan memudahkan admin group membuat pengumuman dan dapat mengelakkan perbualan yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan maklumat penting diabaikan.

Bagaimana untuk menggunakan fungsi terbaru daripada Whatsapp ini?

1. Langkah pertama adalah anda perlu pastikan aplikasi Whatsapp di telefon anda sudah diupdate. Macam mana nak update?

2. Buka aplikasi Whatsapp anda dan pilih group yang anda ingin jadikan sebagai group pengumuman. Jika belum ada group, anda perlu cipta group terlebih dahulu.

3. Seterusnya klik group info.


ANDROID



IOS

4. Klik Group Settings.

5. Klik Send Message. Untuk permulaan, settings yang telah disetkan di telefon anda adalah All Participants.

6. Pilih Only Admins untuk memastikan hanya admin yang dibenarkan untuk menghantar mesej untuk group whatsapp tersebut.

7. Apabila anda tukar settings seperti diatas, group whatsapp tersebut akan bertukar secara automatik. Hanya admin sahaja yang dibenarkan menghantar mesej.

Kesimpulan

Fungsi terbaru daripada Whatsapp ini direka untuk membantu pengguna Whatsapp mempunyai satu group khas untuk melakukan pengumuman tanpa diganggu oleh perbualan yang tidak berkaitan dengan pengumuman-pengumuman penting.

Jika anda mempunyai tim yang ramai, fungsi ini boleh memudahkan anda untuk memaklumkan maklumat terkini kepada tim anda. Gunakan fungsi ini sebaiknya dan pastikan kelebihan yang disediakan oleh Whatsapp ini dapat memudahkan kerja anda.

AKhir kata, saya ingin menjemput anda untuk menghadiri Seminar Kuasa X yang bakal diadakan pada 28 Julai 2018 nanti di Shah Alam Selangor. Di seminar ini nanti, anda akan belajar bagaimana untuk memasarkan produk atau servis anda dengan menggunakan teknik Integrated Marketing. Bukan itu sahaja, anda juga boleh belajar bagaimana cara untuk anda menjaga dan membelai database anda. Apa itu database? Jangan lupa hadir ke Seminar Kuasa X ye! KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Jangan lupa share artikel ini

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

slotjokerufabet

Isi Maklumat Dibawah & Dapatkan Konsultansi Bisnes Percuma

Sila lengkapkan maklumat dibawah

Isikan Maklumat Untuk Anda Hadir Ke Digital Business Award 2021 Ini

Sila Pastikan Maklumat Anda Adalah SAH & TEPAT

Dapatkan Sementara PERCUMA!

(Terhad Untuk 300 Orang Sahaja!)

Isikan maklumat SAH anda dibawah sekarang;