Pendaftaran Rahsia Sales Online Dibuka Untuk Zon Timur Tengah Utara Selatan Timur Sabah Sarawak

FB Ads Anda Tak Approve? Cuba Cara Ni..

IKLAN (1)

Isu ads tak lepas-lepas ni dah banyak kali dah jadi. Bukan sebab copywriting tak lepas ke apa, tapi sebab text kat gambar bermasalah. Lepas tu, ramai la yang duk pm tanya kenapa ads tak lepas-lepas. Text kat gambar pun main peranan tau. Bukan copywriting je..

So, macam mana nak check lepas ke tak gambar yang kita guna ni. Jom saya tunjukkan caranya. Semoga korang pun boleh la check gambar-gamabr sebelum run ads ye..

1.Browse atau Search ‘Text Overlay Tool’ dekat Google.

Kalau nak guna browser lain pun boleh juga. Nak search dekat Mozilla FireFox ke, Opera ke, Yahoo ke, Internet Explorer ke tak jadi masalah. Asalkan dapat buka ‘Text Overlay Tool’ ni kasi jalan saja…

Search macam ni tau. Jangan melalut search benda lain pula.. hehe

2.Pilih ‘Text Overlay Tool’

Dah search nanti akan keluar macam gambar kat bawah ni. Lepas tu pilih yang kami petakkan warna merah tu.

Takpun, kalau tak reti nak search boleh klik link kat bawah ni ye..

<< Klik Disini >>

3.Upload

Dapat tak paparan macam dalam gambar ni? Kalau dapat “VERY GOOD!”. Lepas tu boleh la klik upload dan pilih je gambar mana yang nak diiklankan.

4.Status Gambar Anda Samada Lepas Atau Tak

Dah upload akan keluar result korang samada image text: OK, LOW, MEDIUM atau HIGH.

Kalau nak tahu apa yang dimaksudkan dengan OK,LOW, MEDIUM atau HIGH ni boleh refer kat bawah ni ye:

Image Text: OK

Kalau OK bermakna gamabr anda in sha Allah akan lepas kalau run ads.

Image Text: Low

Kalau gambar anda Low, mungkin capaian iklan anda akan rendah sebab text dalam gamabr lebih daripada 20%.

Image Text: Medium

Medium bermaksud gambar anda mungkin lepas ataupun tak lepas sebab text yang digunakan dalam gambar mungkin lebih separuh daripada gamabr. Kalau iklan anda approved mungkin reach akan lagi slow berbanding ImageText: Low.

Image Text: High

High bermaksud text yang anda gunakan melebihi 70% – 90%. So, iklan anda memang akan DISAPPROVE!.

Haa… So macam mana kalau tak approve? Mungkin korang boleh edit balik gambar yang anda nak guna tu dan check sekali lagi.

So, itu sahaja perkongsian untuk kali ni. Kalau bermanfaat untuk korang silalah share supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Selamat maju jaya semua..

Share on facebook
Facebook
Share on telegram
Telegram
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Download E-Book Case Study RM100k!

Masukkan Nama & Email Untuk Dapatkan Tips Online Marketing Terbaru

Scroll to Top