Kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) secara rasmi mengumumkan penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Penangguhan ini bertujuan memberi lebih masa dan ruang kepada para peniaga untuk membuat persediaan dari segi sistem, pemahaman proses dan pelaksanaan secara menyeluruh.
Apa Itu e-Invois?
e-Invois adalah sistem invois elektronik atau invois digital yang diwajibkan oleh LHDN bagi menggantikan invois manual dan fizikal. Ia bertujuan:
- Memudahkan proses kutipan cukai secara lebih sistematik
- Mengurangkan risiko penipuan dan ketirisan cukai
- Meningkatkan ketelusan dalam urus niaga perniagaan
Sistem ini akan menghubungkan terus invois perniagaan dengan sistem LHDN secara masa nyata.
Siapa Yang Wajib Gunakan e-Invois & Bila?
Berikut adalah tarikh pelaksanaan mengikut kategori pendapatan tahunan:
Pendapatan Tahunan | Tarikh Wajib Guna e-Invois |
---|---|
RM100 juta dan ke atas | 1 Ogos 2024 (TIADA perubahan) |
RM25 juta hingga RM100 juta | 1 Januari 2025 |
RM5 juta hingga RM25 juta | 1 Mei 2025 |
RM1 juta hingga RM5 juta | 1 Januari 2026 |
RM500,000 hingga RM1 juta | 1 Julai 2026 |
Bawah RM500,000 | Belum Ditetapkan (Dikecualikan buat masa ini) |
Apakah Maksud ‘Cooling Period’?
Untuk setiap fasa pelaksanaan, LHDN memperkenalkan tempoh kelonggaran selama 6 bulan, yang dikenali sebagai Cooling Period.
Dalam tempoh ini:
- Peniaga boleh guna invois disatukan (summary invoice)
- Tiada keperluan keluarkan invois berasingan bagi setiap transaksi
- Tiada tindakan undang-undang akan diambil selagi peniaga mematuhi garis panduan sistem e-Invois
Namun, selepas tempoh ini tamat (contohnya selepas 1 Januari 2026 bagi kategori RM1 juta ke atas), semua transaksi melebihi RM10,000 wajib mempunyai e-Invois individu bagi setiap transaksi. Penggunaan invois disatukan tidak lagi dibenarkan.
Kenapa Sistem Ini Penting?
Menurut kenyataan rasmi LHDN:
“Kerajaan sedar peniaga kecil hadapi pelbagai cabaran. Kita tak nak bebankan mereka secara mengejut.”
Sistem ini bukan sekadar memudahkan proses percukaian, tetapi juga membantu perniagaan menjadi lebih telus, teratur dan bersedia untuk digitalisasi jangka panjang.
Apa Tindakan Yang Pemilik Bisnes Boleh Ambil Sekarang?
- Semak kategori pendapatan tahunan perniagaan anda
- Fahami tarikh pelaksanaan dan persiapkan sistem perakaunan anda
- Dapatkan khidmat akauntan atau penasihat cukai untuk pastikan compliance
- Ikuti latihan atau bengkel e-Invois yang ditawarkan oleh LHDN dan pihak ketiga
e-Invois adalah sebahagian daripada transformasi digital sistem cukai Malaysia. Kerajaan memberikan masa yang mencukupi untuk semua kategori perniagaan menyesuaikan diri dengan sistem baharu ini. Gunakan masa ini untuk bersedia agar peralihan lebih lancar dan tanpa tekanan.
Untuk maklumat lanjut dan kemaskini terkini, sila rujuk portal rasmi LHDN e-Invois, muat turun garis panduan e-Invois
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!