Dulu Takut Nak Tegur Staf, Sekarang Dah Sedia Nak Buka Cawangan.– Kisah Cik Awin Nazreen, Pengasas Cookkiss Thsunami

Cik Awin Nazreen bukanlah nama yang asing lagi dalam dunia bisnes tempatan, terutamanya di kalangan pelanggan setia Cookkiss Thsunami. Namun, di sebalik kejayaan hari ini, tersimpan satu kisah yang penuh dengan cabaran, keyakinan, dan titik perubahan besar dalam hidupnya.

Berasal dari Kelantan dan kini menetap di Sepang, Cik Awin memulakan perjalanan bisnesnya dengan perasaan yang sangat biasa bagi ramai usahawan — keliru dan tidak pasti dengan hala tuju. Beliau mengaku, pada waktu itu dia tidak tahu apa niche sebenar bisnesnya, tidak ada perancangan yang jelas untuk masa depan, dan setiap langkah diambil hanya berdasarkan rasa, bukan strategi. Segalanya dijalankan tanpa sistem, tanpa struktur, dan lebih parah lagi, tanpa keberanian untuk menegur staf yang tidak menunjukkan prestasi.

Apa yang lebih menyesakkan, beliau juga tidak tahu bagaimana untuk menarik pelanggan dengan pemasaran yang berkesan, malah akaun TikTok bisnesnya ketika itu langsung tidak memberi impak. Semua ini membuatkan beliau rasa stuck dan hilang keyakinan sebagai pemilik bisnes.

Namun, segalanya berubah apabila beliau membuat satu keputusan besar — menyertai bimbingan bersama FunnelEvo. Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi naluri beliau kuat mengatakan yang dia perlukan seseorang untuk bimbing, bukan hanya beri motivasi, tetapi tunjuk jalan dengan ilmu dan tindakan yang boleh dilaksanakan.

Perubahan selepas menyertai FunnelEvo;

  1. Bisnes kini lebih tersusun dan mula diautomasi.
  2. Yakin untuk buka lebih banyak model bisnes termasuk brick & mortar proses jual beli secara fizikal dan langsung di antara penjual dan pembeli.
  3. Jumpa niche market di TikTok, content makin menarik dan mudah FYP.
  4. Leadership meningkat – berani dan bijak mengurus staf.
  5. Lebih sistematik dalam hiring dan urusan dalaman.
  6. Followers di TikTok meningkat dan personal branding makin kuat.

Salah satu perubahan paling ketara ialah kehadiran Cookkiss Thsunami di TikTok. Selepas memahami niche yang tepat dan belajar cara menghasilkan content yang berimpak tinggi, akaun TikTok perniagaannya kini sering muncul di FYP. Brandnya bukan sahaja dikenali, malah digemari ramai.

Apa yang menjadikan pengalaman beliau di FunnelEvo begitu berharga adalah pendekatan kelas yang tidak membosankan dan sangat praktikal. Setiap sesi kelas memberikan suntikan semangat luar biasa. Malah, beliau merasa tidak lagi bersendirian kerana berpeluang bertemu ramai usahawan lain yang berada di fasa perjuangan yang sama.

Hari ini, Cookkiss Thsunami tampil sebagai jenama yang unik dan mempunyai perancangan besar untuk masa hadapan. Dengan produk seperti baby pancake yang berada dalam pasaran blue ocean, pembungkusan customade yang menarik perhatian, serta idea untuk mengautomasi proses tempahan. Cik Awin mempunyai visi untuk menjadikan jenamanya sebagai francais yang mampu menembusi lebih banyak lokasi di Malaysia.

Buat mereka yang kini rasa letih, stuck atau hilang arah dalam bisnes, Cik Awin ada satu pesan ringkas tetapi padat: “Jangan takut untuk buat tindakan. Jangan asyik fikir tapi tak buat. Tapi nak buat tindakan kena ada ilmu. Kalau buat tanpa ilmu, itu bukan berani, itu jahil. Saya belajar di FunnelEvo, bukan sekadar dapat ilmu, tapi dapat kekuatan. Dan paling penting, yakin. Sebab bila kita yakin, Allah akan bantu. Insya-Allah, mesti jadi.”

Kisah Cik Awin adalah bukti bahawa keberanian untuk belajar dan berubah boleh mengubah segalanya. Dan kadangkala, yang kita perlukan hanyalah satu tindakan kecil — untuk mendaftar ke kelas yang betul, bertemu mentor yang tepat, dan percaya bahawa kejayaan itu memang dicipta untuk kita.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !