Bayangkan, pada umur 21 tahun ramai orang masih terkial-kial mencari kerja, tapi seorang gadis muda dari Jerantut, Pahang, nekad buka kedai langsir sendiri. Bukan kerana suka-suka, tapi sebab beliau tahu keluarga perlukannya. Ini bukan kisah biasa. Ini kisah Puan Norizwayni Rosli, pengasas kepada Laisya Curtain, yang kini menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda yang ingin ubah nasib hidup melalui bisnes.
Latar belakang Puan Norizwayni bukan calang-calang. Beliau merupakan graduan dalam bidang fesyen dan jahitan. Sejak awal, minatnya dalam bidang jahitan memang sudah terserlah. Namun, bila mula bekerja di kedai kain langsir, beliau nampak sesuatu yang lebih besar iaitu potensi keuntungan dalam bisnes langsir jauh lebih besar, dengan kerja yang tidak terlalu renyah.
Selepas dua tahun bekerja dengan orang, beliau tekad buka kedai sendiri. Tahun 2019 menjadi titik mula dan ketika itu umurnya baru 21 tahun. Dengan bantuan pinjaman yang diusahakan ayahnya, kedai pertama Laisya Curtain dibuka.
Tujuan utama beliau buka bisnes bukan nak jadi kaya cepat. Tapi kerana tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga yang susah. Dulu kalau nak apa-apa, semuanya kena tunggu gaji ayah. Tapi beliau seorang yang jenis “kalau aku nak sesuatu, aku usaha sampai dapat.”
Namun, realiti dunia bisnes tak semudah yang dibayangkan.
Awal-awal kedai dibuka, memang customer masuk ramai, sales pun nampak naik. Tapi duit tak nampak. Kenapa? Sebab kebanyakan pelanggan cuma bayar deposit RM100 hingga RM200 saja, dan balance dibayar bila langsir siap. Kadang-kadang ambil masa 2 hingga 3 bulan.
Dalam masa yang sama, beliau juga perlu bayar gaji dua staf full-time dan dua part-time. Pernah juga kena ‘scam’ langsir dah siap, tapi pelanggan tak datang ambil. Pernah juga rugi hampir RM20,000 hanya kerana kesilapan order kain.
Selama berbisnes, salah satu isu utama yang beliau hadapi adalah urusan staf. Ramai staf sales keluar masuk. Yang tinggal pula kurang perform. Dan beliau sendiri tak ada ilmu untuk guide team. Nak tegur takut, sebab susah cari staf. Bila ada buat silap, dia hanya diam. Lama-lama jadi beban emosi dan mental.
Namun, semuanya berubah bila sertai program Mastermind di FunnelEvo.
Perubahan Selepas Sertai FunnelEvo
Masuk saja ke program FunnelEvo, mindset beliau terus berubah. Ilmu praktikal yang diajar terus diaplikasikan ke dalam bisnes. Antara perubahan besar yang berlaku selepas sertai FunnelEvo:
1. Mula berani menegur staf yang melakukan kesalahan.
Beliau belajar cara untuk berkomunikasi dengan tegas tapi masih profesional.
2. Berani tambah dua orang staf Marketing.
Kini kerja pemasaran lebih tersusun, dan beliau sendiri kurang stres fikir semua benda.
3. Tahu cara interview staf.
Tak lagi ambil staff secara “nasib-nasib” — semua ada proses dan sistem.
4. Peningkatan sales.
Kalau dulu hanya mampu tengok sales RM50,000 ketika musim raya alhamdulillah tahun ini berjaya pecahkan rekod hingga RM130,000!
5. Fokus pada misi dan visi syarikat.
Dulu banyak kerja perlu dia buat sendiri. Sekarang, client jumpa staf, bukan dia. Dia fokus urus dan kawal arah tuju bisnes.
Kisah Puan Norizwayni Rosli bukan tentang langsir semata-mata. Tapi tentang usaha seorang wanita muda yang nak ubah nasib keluarga. Tentang keberanian untuk bertindak walaupun tak tahu apa akan jadi esok hari. Dan tentang pentingnya ada mentor dan ilmu dalam perjalanan bisnes.
Hari ini, beliau bukan lagi ‘staf kedai’. Beliau adalah founder yang membina empayar dari bawah dengan air mata, tekad dan tindakan berani.
Kalau anda juga sedang struggle dalam bisnes, atau rasa stuck… Mungkin ini masanya untuk cari ilmu dan bimbingan yang betul. Jangan tunggu sampai keadaan makin parah.
Kerana hidup ini, hanya akan berubah… bila kita sendiri pilih untuk berubah.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!