Dulu Semua Tunggu Arahan Saya. Kini, Saya Ada Pasukan Yang Lebih Jelas Tanggungjawabnya.

Nama saya Nor Salwana Hamid, usahawan tadika dan transit serta peserta Mastermind FunnelEvo. Saya memiliki ijazah dalam bidang IT dari UiTM Shah Alam dan pernah bekerja selama 10 tahun sebagai IT Executive dalam bidang khidmat pelanggan. Saya mula membantu ibu bapa berniaga kedai makan sejak berusia 12 tahun. Namun, langkah membina perniagaan sendiri bermula pada usia 32 tahun.

Semuanya bermula daripada hajat arwah ayah yang mahu melihat sebuah tadika yang bagus di luar bandar. Apabila menerima wang VSS, saya gunakan peluang itu untuk merealisasikan impian beliau dengan membuka Tadika Little Caliphs. Saya sendiri memasang bunting di sekitar Batu Gajah untuk memperkenalkan tadika kepada ibu bapa.

Waktu itu, saya bermula tanpa ilmu pengurusan bisnes, kewangan dan pengurusan pekerja yang mencukupi. Cara saya mudah redah dahulu, belajar sambil buat. Sehinggalah saya berdepan antara ujian paling berat sepanjang sembilan tahun berniaga.

Semua guru berhenti serentak dalam tempoh 24 jam. Saya terpaksa berdepan dengan ibu bapa yang marah, permintaan bayaran balik dan pelajar yang semakin berkurang. Daripada 42 orang, tinggal 17 orang sahaja. Waktu itu, saya benar-benar rasa mahu tutup tadika dan kembali makan gaji.

Sebelum menyertai FunnelEvo, jualan juga berada pada tahap yang sama selama dua hingga tiga tahun. Saya mula fikir, mungkin setakat itulah rezeki saya. Selepas menyertai Mastermind, saya mula nampak ruang untuk mengembangkan pendapatan syarikat. Melalui coaching, saya dibimbing merancang sumber pendapatan dan memahami margin. Saya juga mula belajar mengira COGS, sesuatu yang sebelum ini tidak pernah saya lakukan. Perubahan paling besar berlaku dalam cara saya mengurus pasukan.

Antara perkara pertama yang Tuan Pudin minta saya lakukan ialah membina carta organisasi yang betul. Dahulu, staf menunggu arahan saya setiap hari. Kini, fungsi dan tanggungjawab dibahagikan dengan lebih jelas. Principal mengurus operasi dalaman dan melapor terus kepada saya sebagai CEO.

Saya tidak lagi perlu menjadi tempat rujukan untuk setiap arahan harian. Operasi lebih teratur dan fikiran saya lebih tenang. Saya juga belajar untuk lebih tegas tentang kehadiran dan tanggungjawab kerja. Dahulu, kerana takut susah mencari staf, saya banyak berkompromi. Kini, saya mula mengambil tindakan yang sewajarnya, termasuk mengeluarkan surat amaran.

Urusan kewangan yang dahulu membuatkan saya runsing juga semakin tersusun. Sebelum ini, mesyuarat kewangan sering menjadi tegang kerana pengiraan tidak selaras dan resit hilang. Kini, resit terus dimuat naik ke KUASA SAFA melalui Telegram selepas transaksi. Saya mula memahami pengiraan untung rugi bulanan dengan lebih tepat, berbanding hanya bergantung pada rekod keluar masuk tunai. Saya turut mendapatkan khidmat konsultasi perakaunan FunnelEvo Nexus untuk membantu memperbaiki pengurusan kewangan syarikat.

Dalam pemasaran pula, saya mula menggunakan ilmu digital untuk menjimatkan masa. Antaranya, saya berjaya menyiapkan dan menjadualkan 61 posting countdown persekolahan 2027 dalam masa dua hari. Posting boleh berjalan setiap hari tanpa saya perlu sentiasa berada di depan telefon atau laptop.

Dahulu, saya rasa saya dan bisnes saya sudah okey. Rupanya, masih banyak yang perlu saya pelajari. Perkongsian Tuan Fahdi dalam RAISE membuka mata saya tentang perbezaan antara seorang peniaga dengan seorang usahawan. Kini, saya sedang belajar untuk berfikir, merancang dan bertindak sebagai seorang usahawan.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!