Dulu Saya Seorang Tukang Rumah… Hari Ini Saya Belajar, Rezeki Boleh Berubah Bila Cara Kita Berubah

Perkenalkan, saya Faris Danial bin Arman Nulamir, pengasas Cebok REZEKI Enterprise. Kalau orang tengok saya hari ini, mungkin ada yang nampak saya sebagai founder bisnes produk kesihatan.

Tetapi hakikatnya saya datang daripada hidup yang sangat biasa. Saya bukan lahir dari keluarga senang. Saya bukan bermula dengan modal besar. Saya juga bukan orang yang ada network bisnes. Sebelum saya masuk dunia perniagaan saya hanyalah seorang tukang rumah. Kerja kuat siang malam.

Tak cukup untuk bayar bil-bil. Dan yang paling menyakitkan bagi seorang lelaki ialah bila kita mahu beri kehidupan yang lebih baik untuk keluarga tetapi poket kita sentiasa sempit. Waktu itu saya sedar satu perkara bukan sebab saya malas bekerja tetapi cara saya mencari rezeki ada limitnya. Selagi saya jual tenaga pendapatan saya juga ada ceiling.

Pada usia 22 tahun, saya mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Saya memilih untuk menjual produk kesihatan, bermula dengan satu produk yang sangat dekat di hati saya iSepress, yang saya panggil titisan air ajaib.

Di situlah saya mula kenal dunia digital. Dan satu pengalaman yang sampai hari ini buat saya sebak ada seorang pelanggan yang berdepan penyakit kanser tahap kritikal. Selepas menggunakan produk kami dan berikhtiar bersungguh-sungguh…

Alhamdulillah, keadaannya bertambah baik dan bebas daripada masalah yang sangat berat itu. Masa itu saya sedar saya bukan sekadar menjual produk saya sedang membawa harapan kepada orang. Itu turning point emosi saya dalam bisnes.

Tetapi saya juga tahu niat baik sahaja tak cukup untuk bina bisnes besar. Saya perlukan ilmu. Dan antara risiko terbesar yang pernah saya ambil ialah melabur untuk belajar bersama FunnelEvo ketika saya sendiri masih baru dalam bisnes.

Orang lain mungkin nampak ia satu kos. Tetapi saya nampak ia sebagai pelaburan untuk ubah hidup. Dan keputusan itu mengubah cara saya melihat bisnes.

INI 4 PERUBAHAN BESAR YANG UBAH GAME BISNES SAYA

1. Saya Mula Nampak Jalan

Dulu saya berniaga ikut rasa. Hari ini saya berniaga ikut direction. Saya mula nampak jelas apa yang perlu dibuat hari ini. Apa yang perlu dibina bulan depan. Apa strategi untuk 2–3 bulan ke depan. Kesilapan ramai founder berniaga hari ini, fikir hari ini. Founder yang besar sentiasa berfikir beberapa langkah ke depan.

2. Saya Belajar Susun Gerak Kerja Dengan Sistem

    Dulu semua benda spontan. Hari ini saya belajar menyusun operasi. Campaign ada plan. Content ada direction. Sales ada target. Execution lebih teratur. Bisnes yang tersusun memberi ketenangan kepada founder. Dan itu yang saya mula rasa.

    3. Saya Faham Digital Adalah Jalan Pintas Untuk Membesar

      Saya bermula di TikTok Live. Hari ini saya semakin yakin kalau kita kuasai digital, market kita tak lagi terhad pada kawasan sendiri. Seluruh negara boleh nampak kita. Malah potensi market lebih besar daripada apa yang kita bayangkan. Masih fikir pelanggan hanya datang dari kedai fizikal. Hari ini pelanggan berada di skrin telefon.

      4. Saya Belajar Ilmu Bukan Kos, Ilmu Adalah Accelerator

        Ramai takut melabur untuk belajar. Saya juga pernah fikir begitu. Tetapi hari ini saya faham belajar daripada orang yang dah ada jala lebih cepat daripada cuba teka jalan sendiri.

        Masuk FunnelEvo membuka mata saya tentang strategy, positioning dan growth. Saya tidak lagi berniaga secara rawak. Saya mula membina dengan sedar.

        Alhamdulillah, saya berjaya mencipta 1 juta pertama dalam perjalanan bisnes saya.

        Bagi sesetengah orang, itu angka. Tetapi bagi saya itu bukti bahawa orang biasa pun boleh ubah hidup, kalau sanggup ubah cara berfikir.

        Hari ini saya sedang membina sesuatu yang lebih besar. Dan saya percayal atar belakang kita bukan penentu masa depan kita. Cara kita belajar, bertindak dan berubah itulah penentu sebenar.

        Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

        Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

        Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

        Jangan lupa share artikel ini

        Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

        Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

        Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

        Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

        DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

        Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

        Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !