Dulu Saya Operator Kilang, Hari Ini Saya Ada Restoran Sendiri, Semua Bermula Dengan Satu Keputusan Berani

Saya masih ingat, dulu setiap hari hidup saya hanyalah rutin yang sama punch card, masuk kilang, buat kerja, balik rumah. Ramai orang fikir kerja kilang itu stabil. Tapi dalam hati saya, ada satu suara kecil yang selalu bertanya: “Sampai bila aku nak hidup macam ni?”

Sejak kecil, saya memang minat berniaga. Dari zaman sekolah lagi, cita-cita saya nak jadi usahawan. Tapi impian tu saya simpan jauh dalam hati, sebab tak pernah yakin nak buat keputusan besar.

Sampailah umur saya 25 tahun, saya ambil langkah yang ramai orang anggap gila. Saya berhenti kerja kilang dan mula bisnes pertama saya jual Nasi Kukus Ayam Berempah dari sebuah foodtruck kecil.

Jalan saya tak mudah. Ada masa saya hampir putus asa.
Saya pernah cuba buka cawangan kedua, tapi sebab tiada ilmu pengurusan dan cashflow yang lemah, akhirnya terpaksa tutup. Itu memang detik yang sangat menekan.

Paling saya tak lupa lauk nasi kukus yang saya pegang jatuh terbalik depan pelanggan. Malu? Memang malu. Tapi saya tak berhenti. Saya bangkit semula, sebab saya tahu kalau saya menyerah, habis sudah semua usaha saya.

Pada penghujung tahun 2024, saya buat satu lagi keputusan besar yang ubah hala tuju hidup saya saya sertai Mastermind FunnelEvo.
Kenapa? Sebab saya sedar, kalau saya terus redah tanpa ilmu, bisnes saya akan berhenti di situ saja. Saya perlukan sistem, bimbingan, dan strategi sebenar.

Selepas itu, banyak perubahan berlaku:

  • Saya mula susun kerja staf lebih sistematik.
  • Saya berani lepaskan diri daripada terperangkap buat semua kerja sendiri.
  • Saya hire kerani khas untuk data entry dan akaun.
  • Saya mula nampak jelas kenapa pengurusan staf dan operasi itu sangat penting.

Walaupun sales belum melompat luar biasa, saya tahu apa yang saya sedang bina sekarang adalah asas kukuh untuk lonjakan lebih besar nanti.

Kalau anda rasa stuck dengan bisnes sekarang, percayalah apa yang membezakan kita hanyalah keputusan berani.

“Zaman sekarang, kalau tak ada ilmu digital, bisnes kita akan ketinggalan. Jangan tunggu pelanggan datang sendiri, kita yang kena cari mereka.”

Hari ini saya berdiri di restoran saya sendiri. Semua ini bermula dengan satu keputusan berani, dan saya percaya kalau saya boleh, anda pun boleh.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts