Dulu Saya Buat Hampir Semua Sendiri, Hari Ini Team Dah Ambil Alih Dan Sales Naik 2 Kali Ganda

Nama saya Rustom Brahim, pemilik Pakdo Repair. Sebelum ini, antara cabaran paling besar saya dalam bisnes ialah terlalu banyak perkara bergantung kepada saya sendiri. Pada waktu itu, team saya hanya ada 4 orang staff.

Setiap hari, saya terlalu sibuk melayan pertanyaan pelanggan, jawab mesej, urus operasi dan pastikan setiap kerja berjalan. Sampai satu tahap, saya rasa saya sentiasa pegang telefon. Bila pelanggan bertanya, saya yang kena jawab. Bila ada isu operasi, saya yang kena selesaikan. Bila team perlukan keputusan, saya juga yang kena masuk campur.

Akhirnya, masa saya banyak habis pada kerja harian. Sedangkan sebagai pemilik bisnes, saya sepatutnya ada lebih banyak masa untuk fikir tentang perkembangan syarikat. Pada ketika itu, jualan Pakdo Repair hanya sekitar RM20,000 sebulan.

Selepas saya menyertai Mastermind bersama FunnelEvo APEX Consulting, saya mula nampak satu perkara yang sangat penting. Kalau saya mahu bisnes berkembang, saya tidak boleh terus menjadi orang yang buat semuanya sendiri. Saya perlu mula membina team. Saya perlu ada orang yang boleh pegang bahagian tertentu supaya bisnes tidak lagi terlalu bergantung kepada saya.

Alhamdulillah, selepas melalui bimbingan dan mula melakukan perubahan dalam pengurusan, saya mengambil keputusan untuk menambah 3 orang lagi staff. Saya mula ada seorang manager, seorang admin dan seorang lagi di bahagian operasi. Perubahan ini memberi kesan yang sangat besar kepada rutin saya sebagai founder.

Kalau dahulu saya perlu sentiasa tengok telefon dan jawab pelanggan sendiri, sekarang saya sudah ada team yang boleh membantu menguruskan pertanyaan dan operasi harian. Saya mula ada ruang untuk bernafas. Saya juga mula ada lebih banyak masa untuk melihat bisnes daripada sudut yang lebih besar, bukan sekadar menyelesaikan masalah setiap hari. Apa yang lebih menggembirakan saya, perubahan ini turut memberi kesan kepada jualan. Daripada sekitar RM20,000 sebulan, Alhamdulillah jualan kami berjaya meningkat sehingga sekitar dua kali ganda berbanding sebelum ini.

Bagi saya, pencapaian ini membuka mata saya tentang satu perkara. Kadang-kadang kita fikir untuk naikkan sales, kita hanya perlu cari lebih ramai pelanggan. Tetapi sebenarnya, kalau dalaman bisnes belum bersedia, semakin ramai pelanggan datang, semakin penat founder itu sendiri. Bila team dibina dengan betul, tugas diagihkan dengan jelas dan founder mula keluar daripada kerja operasi harian, barulah bisnes ada ruang untuk berkembang dengan lebih sihat.

Hari ini saya masih belajar. Masih banyak perkara yang saya mahu perbaiki. Tetapi saya sangat bersyukur kerana Pakdo Repair sekarang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada saya seperti dahulu. Team semakin kuat. Operasi semakin tersusun. Dan sales juga semakin meningkat.

Saya belajar bahawa untuk besarkan bisnes, founder tidak boleh terus jadi orang paling sibuk dalam syarikat. Founder perlu mula membina orang yang boleh membesarkan bisnes bersama-sama.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!