“Dulu saya berniaga dari dapur rumah. Hari ini, saya pimpin kilang sendiri dengan sistem dan team yang tersusun.”

Dari dapur rumah pada tahun 2011, kini Rayhanah beroperasi di lot kilang sendiri di Seksyen 9, Bangi. Dan dalam tempoh dua bulan berada di bawah bimbingan President Prime FunnelEvo, saya mula nampak arah baru yang lebih jelas dan tersusun untuk masa depan syarikat.

Saya bermula sebagai pensyarah undang-undang. Dalam masa yang sama, saya berniaga kecil-kecilan, jual tudung, buat car boot sale, dan apa saja peluang rezeki yang datang. Saya mula berniaga secara serius pada usia 28 tahun, dengan satu niat..nak bantu keluarga.

Tahun-tahun awal bukan mudah. Dari dapur rumah (2011–2013), saya pindah ke shoplot tingkat 1 (2014–2015), kemudian ke lot bawah di Putra Kajang (2015–2022), sebelum akhirnya berpindah ke kilang sendiri di Bangi (2023–kini).

Tahun 2024 menjadi titik paling mencabar bila saya berpisah dengan partner, yang selama ini sama-sama bangunkan bisnes.

Saya terpaksa bermula semula dari bawah.Waktu tu saya hanya berpegang pada satu perkara, Allah tak tarik sesuatu tanpa nak beri sesuatu yang lebih baik.

Saya pilih untuk teruskan perjuangan. Saya tak nak berhenti hanya sebab ujian. Saya tahu, selagi saya bergerak, peluang untuk bangkit tetap ada.

Sejak menyertai Program President Prime FunnelEvo, saya rasa macam saya dapat “nafas baru”. Bimbingan rapat daripada Board of Advisors (BOA) bantu saya susun semula semua yang sebelum ini berterabur. Saya dibantu untuk lihat bisnes dengan sudut pandang seorang CEO, bukan sekadar founder.

1. Penstrukturan Syarikat

    Dalam masa dua bulan pertama, saya restructure semula department pengurusan.
    Kurangkan 6 staf yang tidak sesuai,
    Susun semula Job Description (JD) untuk 11 staf yang kekal,
    Tetapkan semula struktur gaji dan kenaikan baharu,
    Dan berjaya kurangkan kos operasi sehingga 40% tanpa jejaskan prestasi.

    Langkah ni buat saya sedar , bila struktur betul, kerja jadi lebih ringan dan pasukan lebih tenang.

    2. Bahagian Sales

      Team Sales Reseller kini ada game plan baru bukan lagi sekadar jual, tapi ada strategi yang jelas. Kami guna pendekatan Sexy Offer dan Scarcity Offer secara lebih tersusun, dan follow up dijadikan rutin wajib setiap minggu.

      Team Sales Retail pula fokus pada promosi yang tepat berdasarkan kehendak pelanggan.

      3. Department Marketing & Production

        Department Marketing kini lebih fokus pada strategi TikTok, sambil membangunkan semula program Affiliate yang sedang disusun semula.

        Dengan semua pembaharuan ini, setiap department kini bergerak lebih sistematik.

        Walaupun angka 2025 belum menutup tahun penuh, saya yakin hala tuju Rayhanah kini jauh lebih jelas. Kami bukan sekadar jual produk, tapi sedang bina organisasi yang mampan, stabil dan berimpak tinggi.

        Bila saya pandang semula perjalanan dari dapur rumah ke kilang sendiri, saya sedar satu perkara setiap fasa jatuh adalah latihan untuk naik dengan lebih kuat.

        Bimbingan dari FunnelEvo bukan sekadar beri strategi, tapi ubah cara saya berfikir, urus manusia, dan kawal arah syarikat.

        Sekarang, saya tahu bagaimana nak pimpin Rayhanah bukan dengan emosi, tapi dengan struktur, sistem dan strategi.

        “Kalau dulu saya buat semuanya dengan tenaga, hari ini saya buat dengan ilmu. Dan itulah titik mula sebenar untuk saya bangkit.”

        Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

        Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

        Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

        Jangan lupa share artikel ini

        Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

        Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

        Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

        Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

        DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

        Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

        Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !