Dulu sales saya stuck RM2,000 sehari, selepas saya apply apa yang Funnelevo ajar ,sekarang boleh hit 7-8 ribu sehari. Weekend boleh naik double!

“Saya Cuma Ada Berbaki RM1,500 Dalam Akaun…”

Saya masih ingat lagi waktu tu.

Saya duduk diam dalam bilik, tengok baki dalam akaun bank. RM1,500. Itu je yang tinggal. Masa tu saya baru lepas keluar hospital. Satu keluarga dijangkiti COVID-19 tahap 4. Saya pakai tong oksigen. Anak-anak pula dijaga orang lain.

Suami saya… waktu tu jadi pemandu Grab. Demi sesuap nasi. Demi kami.

Saya tanya diri sendiri “Ini ke hidup yang aku nak selama-lamanya?”

Dulu saya kerja sebagai designer kat kedai printing. Tapi kerja makin menekan, gaji ada tapi tak banyak, masa dengan anak makin kurang. Saya terpaksa pilih keluarga atau kerjaya.

Saya pilih untuk mulakan semula dari dapur rumah. Masak ayam goreng cheese. Jual ikut kemampuan. Suami tolong buat penghantaran naik motor. Pada mulanya, saya buat promosi kat Facebook je, dengan gambar-gambar simple yang saya ambil sendiri.

Modal tak besar pun. Semua barang pakai apa yang ada. Tapi saya percaya… kalau buat dengan hati, mesti ada rezeki.

Tapi Titik Ubah Hidup Saya Bermula Pada Mei 2025.

Saya scroll Facebook dan ternampak pasal program Amazing Founder FunnelEvo. Hati saya kuat cakap “Nuura, kau kena pergi.”

Tapi duit dalam akaun? Mesti mahal kalau saya sambung belajar..

Tapi beranikan diri dan saya ambil risiko.

Saya terus daftar untuk bimbingan setahun. Sebab saya tahu, kalau saya tak mula belajar, saya akan kekal macam tu je. Jualan cukup-cukup makan, tak tahu nak scaling, tak reti nak cari staff yang betul, semua buat sendiri.

Dua Bulan Lepas Tu, Hidup Saya Berubah.

Saya belajar banyak benda.

Saya mula faham cara ambil staf dengan betul. Guna platform macam Indeed. Bukan main sumbat je siapa yang datang minta kerja. Sebab dulu, siapa yang datang —, saya terus ambil. Bila kena tegur dengan Tuan Pudin, saya mula sedar. Kita founder, kita bukan orang terdesak.

Saya buat iklan bukan sekadar di Facebook je. Tapi tambah TikTok Ads dan Google Ads. Bajet RM50 sehari satu platform je pun tapi hasilnya?

Alhamdulillah!

Jualan weekday naik dari RM2,000 ke RM8,000.
Weekend pernah capai RM14,500 sehari.

Staf pun bertambah dari 7 ke 11 orang. Saya dah tak masak sendiri. Saya mula belajar jadi leader.

Apa Yang Saya Belajar Dalam Tempoh Bimbingan Yang Singkat ni?

Saya belajar, kalau kita tak cari guru, kita akan duduk di takuk yang sama.

Saya jatuh cinta dengan FunnelEvo bukan sebab hype. Tapi sebab ilmu yang diajar tu real. Bukan teori buku semata-mata.

Dan saya belajar , kejayaan tak datang dari nasib.

Ia datang dari tindakan.

Saya bukan nak bangga. Tapi saya tahu kat luar sana, ramai wanita macam saya. Pernah rasa stuck. Pernah menangis depan akaun bank. Pernah rasa macam hidup ni gelap sangat.

Tapi saya nak beritahu satu benda…

Kadang-kadang, perubahan besar bermula dari satu keputusan berani.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !