Saya Dr. Nuramalina Zahid daripada Anuar Medicare Chaah, Johor. Sebelum ini, antara cabaran terbesar dalam bisnes saya bukan hanya tentang mendapatkan pelanggan. Tapi tentang menguruskan team. Saya pernah berdepan dengan cabaran staff yang toxic, bergaduh sesama sendiri dan menyebabkan suasana kerja jadi tidak harmoni.
Bila perkara ini berlaku, ia sangat memberi kesan kepada operasi harian. Sebagai founder, saya bukan sahaja perlu fikir tentang sales dan pelanggan, tapi saya juga perlu pastikan suasana kerja dalam team berada dalam keadaan baik. Sebab bila team tidak harmoni, bisnes pun susah nak bergerak dengan lancar.
Selepas bersama FunnelEvo APEX Consulting circle Mastermind, saya mula nampak bahawa untuk bisnes berkembang, saya perlukan team yang betul, sistem yang lebih jelas dan strategi sales yang lebih tersusun. Alhamdulillah, sekarang saya mula nampak perubahan yang sangat positif.
Saya berjaya hire seorang team sales yang perform dan pandai buat sales. Bukan sekadar membantu operasi, tetapi betul-betul membantu membawa hasil kepada bisnes. Yang paling menggembirakan, minggu lepas saya run ads di TikTok dengan spending hanya sekitar RM22 sehari.
Dengan kos yang rendah itu, saya berjaya capai closing rate setinggi 54% daripada leads yang masuk. Dalam sehari, saya berjaya dapat sekitar 7 hingga 12 appointment. Bagi saya, ini bukan sekadar angka.
Ini bukti bahawa bila team mula betul, strategi mula jelas dan sistem mula disusun, bisnes boleh bergerak dengan lebih yakin. Dulu saya struggle dengan team yang tidak harmoni. Sekarang saya mula nampak team yang membantu bisnes berkembang.
Dan saya percaya, ini baru permulaan untuk Anuar Medicare Chaah pergi lebih jauh.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
