Saya Madam Felicia, founder Dokoh Ratna yang terletak di Kedah. Bisnes kami berada dalam industri fesyen. Dalam dunia fesyen, orang selalu nampak bahagian yang cantik sahaja. Produk cantik, pelanggan suka, jualan bergerak. Tapi di belakang tabir, cabaran sebenar bukan sekadar tentang produk. Cabaran sebenar ialah team.
Sebelum ini, banyak perkara dalam syarikat masih terlalu bergantung kepada saya sebagai founder. Bila team belum cukup stabil, saya perlu sentiasa masuk campur dalam operasi harian. Bila ada isu staf, budaya kerja dan cara pasukan bergerak pun turut terkesan.
Sampai satu tahap, saya sedar satu perkara. Kalau semuanya masih perlu bergantung kepada founder, syarikat susah untuk pergi lebih jauh. Melalui sesi coaching bersama Tuan Shariffudin Sahedan, CEO FunnelEvo Group Of Companies, fokus utama perbincangan kami adalah tentang leadership, management, team restructuring, delegation dan organizational growth.
Dalam coaching itu, saya mula belajar untuk melihat team bukan sekadar sebagai orang yang bekerja, tetapi sebagai struktur penting yang menentukan arah syarikat. Kami mula menyusun semula pasukan dengan lebih efektif. Keputusan yang paling mencabar ialah apabila perlu mengeluarkan staf yang memberi impak negatif kepada budaya kerja dan prestasi pasukan. Ia bukan keputusan yang mudah, tetapi dalam bisnes, kadang-kadang founder perlu berani buat keputusan yang betul, bukan sekadar keputusan yang selesa.
Selepas penstrukturan semula dibuat, perubahan mula terasa. Pasukan menjadi lebih harmoni. Kerjasama semakin baik. Toleransi antara team semakin kuat. Yang paling penting, target syarikat berjaya dicapai dengan sokongan pasukan yang lebih stabil.
Dulu, banyak perkara perlu melalui saya. Sekarang, tugasan sudah mula berjaya didelegasikan kepada team. Saya semakin kurang terlibat dalam operasi harian kerana pasukan sudah lebih jelas dengan peranan masing-masing. Sistem dan pasukan juga semakin matang sehingga operasi boleh berjalan tanpa kebergantungan sepenuhnya kepada saya sebagai pengasas.
Ini memberi ruang yang sangat besar kepada saya. Saya kini mempunyai lebih banyak masa untuk fokus kepada strategi, pembangunan syarikat dan kehidupan peribadi. Malah, saya juga sudah mampu bercuti dalam tempoh yang lebih lama tanpa menjejaskan perjalanan operasi syarikat.
Bagi saya, ini bukan sekadar wins dalam bisnes. Ini wins sebagai founder. Sebab akhirnya saya nampak, bisnes yang kuat bukan bisnes yang founder buat semua benda. Bisnes yang kuat ialah bisnes yang ada team, sistem dan leadership yang boleh bergerak bersama.
Kadang-kadang, growth sebenar bukan berlaku bila founder tambah kerja. Tapi bila founder mula belajar melepaskan kerja kepada orang yang betul, dengan struktur yang betul.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
