Dulu Ragu Dengan Diri Sendiri… Hari Ini Amina Cili Boh Hampir RM1 Juta Setahun
Saya Rosalina binti Maliki. Pengasas Amina Cili Boh, dan saya bermula hanya sebagai seorang suri rumah.
Dulu, hidup saya sederhana. Saya mula berniaga pada umur 33 tahun dengan satu niat yang sangat jelas nak tambah pendapatan dan baiki taraf hidup keluarga. Tapi realitinya… tak semudah yang disangka.
Permulaan bisnes adalah fasa paling mencabar dalam hidup saya.
Modal terhad.
Customer belum ada.
Dan paling berat… keraguan dalam diri sendiri.
Kadang-kadang saya tertanya,
“Betul ke jalan yang saya pilih ni?”
Produk pertama saya hanyalah cili boh Amina. Saya buat dari rumah. Pasarkan pun dari rumah. Kecil… tapi saya percaya pada apa yang saya buat. Sampai satu moment yang saya takkan lupa. Tahun pertama pembukaan kilang, musim perayaan permintaan cili boh tiba-tiba melonjak sangat tinggi. Saya sendiri terkejut.
Dari situ saya nampak… rupanya produk saya ada tempat di pasaran. Tapi untuk sampai ke tahap itu, saya ambil satu risiko besar. Saya buka kilang pemprosesan cili boh walaupun dengan modal yang sangat terhad.
Takut? Memang takut.
Tapi kalau saya tak berani ambil langkah tu saya mungkin masih berada di tahap yang sama sampai hari ini. Alhamdulillah, perjalanan tu membawa hasil.
Sales 2024 saya capai RM700,000. Dan pada 2025, meningkat ke RM800,000.
Dan sekarang, saya letakkan target lebih besar RM1.2 juta untuk tahun 2026. Perubahan paling besar dalam bisnes saya berlaku bila saya sertai Mastermind. Dulu, saya buat bisnes ikut rasa. Sekarang, saya ada hala tuju yang jelas. Pengurusan kewangan jadi lebih teratur. Strategi pemasaran lebih tepat. Sales pun mula menunjukkan peningkatan.
Untuk Januari 2026 sahaja, ada penambahan sekitar RM15,000. Tapi bukan itu saja. Dulu, saya sendiri kena turun kilang setiap hari. Pantau staf, urus semua benda.
Sekarang, saya hanya perlu datang 2 ke 3 kali seminggu. Kenapa?
Sebab staf dah jelas dengan tugas masing-masing. Saya pun dah berani beri arahan. Saya dah ada keyakinan hasil daripada ilmu yang saya belajar.
Kami juga mula konsisten buat morning meeting. Nampak simple, tapi impaknya sangat besar pada disiplin dan fokus team.
Hari ni, beban kerja saya jauh lebih ringan. Bisnes lebih tersusun. Dan saya boleh nampak bisnes ini bergerak dengan sistem, bukan bergantung pada saya semata-mata.
Kalau saya nak pesan satu perkara kepada usahawan lain…
Jangan abaikan ilmu digital.
Hari ni, dunia dah berubah.
Kalau kita tak guna digital, kita akan ketinggalan.
Digital bukan sekadar trend.
Ia adalah alat untuk kita capai lebih ramai pelanggan dengan kos yang lebih rendah.
Dan bagi saya…
itulah antara kunci kenapa bisnes saya boleh berkembang sampai hari ini.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
