Dalam dunia bisnes, ada satu perkara yang pasti—jatuh bangun itu lumrah. Tapi tak semua orang sanggup bangkit semula selepas kejatuhan. Namun, kisah Puan Nur Batini, pengasas Emas Sadur Batini (M) Sdn Bhd, membuktikan bahawa kejayaan itu bukan hanya milik mereka yang bertahan, tapi milik mereka yang berani mencuba semula.
Dulu, beliau hanyalah seorang ejen produk kecantikan. Dalam tempoh beberapa tahun, beliau berjaya mencapai komisen RM50,000 sebulan. Tapi, beliau mahu lebih. Mahu ada bisnes sendiri. Maka bermulalah langkah berani beliau dalam dunia perniagaan…

Dengan semangat membara, Puan Batini mengambil langkah berani—mula memborong barang dari China dan menjualnya. Keputusan itu terbukti sangat menguntungkan, terutamanya semasa tempoh PKP. Dalam masa sebulan, jualannya melebihi RM500,000!
Namun, perniagaan yang berkembang pesat kadang-kadang datang dengan risiko yang besar. Tahun 2022 menjadi titik perubahan yang menyakitkan. Jualan mula merosot. Lama-lama, bisnes yang selama ini memberi keuntungan besar terpaksa dihentikan.
Dari bisnes periuk ke Emas Celup—Langkah Berani Bermula
Namun, dalam kekeliruan itu, satu idea muncul. Suami Puan Batini ialah tukang emas. Jadi, kenapa tidak gunakan kelebihan ini?
Bermula dari modal RM2,000, Puan Batini memulakan bisnes emas celup dengan cara paling mudah—live di TikTok. Tapi ada satu cabaran besar—beliau malu untuk tunjuk muka.
Live pertama? Hanya tunjuk tangan sahaja. Tiada keyakinan, tiada pengalaman, tapi tetap berani mencuba.
Siapa sangka, dari langkah kecil itu, bisnes Puan Batini mula berkembang…
Tekad nak grow bisnes lebih laju, Puan Batini tekad dapatkan bimbingan 1 tahun di FunnelEvo dalam program Mastermind.
Apa perubahan yang beliau dah mulakan?
✅ Guna influencer game untuk tarik lebih ramai pelanggan.
✅ Live TikTok tanpa henti untuk konsisten tarik perhatian.
✅ Perancangan bisnes lebih sistematik supaya tidak ‘langgar dinding’ lagi.
Hasilnya? Dalam setahun, jualannya meningkat 5 kali ganda!
Dan lebih luar biasa…
Buat pertama kalinya, jualan beliau cecah RM2.2 juta!
Ilmu Digital Marketing: Rahsia Kejayaan Sebenar
Perjalanan Batini membuktikan satu perkara—bisnes bukan sekadar jual barang, tapi kena ada ilmu.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!