Nama saya Cik Hafizzatul Alawiyah pewaris Sahabat Global Sdn Bhd. Saya menjalankan bisnes dalam industri F&B dan kini merupakan salah seorang usahawan di bawah bimbingan President Circle. Sebelum saya mula berniaga, saya hanyalah insan biasa yang sedang mencari hala tuju hidup.
Saya sendiri tidak pernah membayangkan bahawa satu hari nanti, saya akan berada dalam dunia bisnes, mengurus pengeluaran, menjaga team, membina pasaran dan membawa jenama saya pergi lebih jauh.
Saya mula berniaga ketika berumur 23 tahun. Niat saya waktu itu sangat sederhana. Saya nak bantu mak dah abah mencari sumber pendapatan dengan meneruskan legasi bisnes mereka.
Semakin lama saya berada dalam dunia bisnes, saya mula sedar bahawa berniaga bukan sekadar ada produk dan ada pelanggan. Bisnes ini perlukan kekuatan mental. Perlu ada keberanian. Perlu ada ilmu. Perlu ada sistem dan paling penting, perlu ada guru untuk tunjuk hala tuju yang jelas.
Antara saat paling struggle dalam hidup saya adalah ketika bisnes masih belum stabil. Waktu itu, saya perlu urus banyak perkara serentak dalam satu masa. Hal operasi. Pengeluaran cili, jualan, stok dan cashflow. Semua perkara terasa perlu diselesaikan dalam masa yang sama.
Salah satu risiko terbesar yang pernah saya ambil sepanjang berbisnes ialah apabila saya membuat keputusan untuk melabur dalam operasi dan pengeluaran pada skala yang lebih besar, walaupun ketika itu belum ada jaminan pasaran.
Keputusan itu bukan mudah. Sebab bila kita melabur besar, risikonya juga besar. Tetapi saya percaya, kalau mahu bisnes berkembang, kita tidak boleh selamanya berada di tempat yang sama. Kita perlu berani membuat keputusan.
Namun selepas saya menyertai President Circle, banyak perkara dalam bisnes saya mula berubah. Saya mula nampak bisnes dengan lebih tersusun. Saya mula faham bahawa sales sahaja tidak cukup kalau pengurusan masih berselerak. Saya mula belajar bagaimana untuk menyusun jualan, mengurus team dan membina hala tuju bisnes dengan lebih jelas.
Alhamdulillah, selepas dibimbing, jualan saya menjadi lebih tersusun. Pengurusan team juga menjadi lebih sistematik. Saya tidak lagi bergerak hanya berdasarkan rasa atau keadaan semasa, tetapi mula menyusun langkah dengan strategi yang lebih jelas. Lebih menggembirakan, jenama Sahabat Global kini sudah menembusi pasaran di tujuh negeri di Semenanjung Malaysia.
Bagi saya, ini satu pencapaian yang sangat besar. Daripada bermula dengan produk cili boh yang dipasarkan di sekitar Kuala Terengganu, kini produk kami sudah pergi lebih jauh dan dikenali di lebih banyak tempat.
Selain itu, kami juga kini sudah mempunyai 4 lot kedai untuk keperluan tambahan seperti bilik meeting, meja receptionist, surau, bilik CEO dan pejabat urusan yang selesa untuk staff management.
Bila saya lihat semula perjalanan ini, saya rasa sangat bersyukur. Bagi saya, kejayaan dalam bisnes bukan berlaku dalam satu malam. Ia datang daripada keberanian untuk bermula, kekuatan untuk bertahan dan kesanggupan untuk terus belajar. Dan dalam dunia bisnes hari ini, saya percaya satu perkara.
Kalau kita mahu survive dan grow, ilmu digital bukan lagi pilihan, tetapi keperluan.
Saya percaya, selagi kita sanggup belajar dan terus melangkah, insya-Allah akan ada jalan yang Allah buka.
Dan saya doakan, semoga Sahabat Global terus berkembang, memberi manfaat kepada lebih ramai orang dan menjadi bukti bahawa dengan ilmu, usaha dan bimbingan yang betul, bisnes kecil juga mampu pergi jauh.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
