Dulu Hanya Nak Makan Sedap, Kini Bisnes Saya Dah Jadi Sumber Rezeki Ramai Staf

Dari Supervisor Stesen Minyak ke Founder Eniqma Pest Control
Nama saya Siti Rosmariah, founder Eniqma Pest Control. Sebelum berniaga, saya hanyalah seorang supervisor di stesen minyak, manakala partner saya pula seorang juruservis syarikat pest control.

Saya mula berniaga ketika berumur 26 tahun. Sebab utama saya terjun ke dunia bisnes? Saya hanya mahu naikkan ekonomi keluarga. Saya nak merasa hidup lebih selesa, dan boleh makan apa saja yang saya inginkan tanpa perlu fikir cukup atau tidak duit di tangan.

Hidup Pernah Terlalu SempitSaat paling struggle dalam hidup saya, bila terpaksa catu makan. Waktu tengah bulan, lauk saya dan keluarga hanyalah nasi dengan telur sahaja. Hanya bila gaji masuk barulah dapat merasa lauk yang sedap.

Itulah detik yang benar-benar membakar semangat saya untuk terus cari jalan ubah hidup.

Produk pertama yang saya tawarkan ialah servis rawatan anai-anai. Saya bermula dengan pasarkan servis ini di Kota Bharu, hanya dari pejabat kecil di ruang tamu rumah.

Alhamdulillah, hasil usaha yang konsisten, pengalaman manis pertama saya ialah bila berjaya dapat projek rawatan anai-anai di sekolah-sekolah di Kelantan bernilai lebih RM100,000.

Saya pernah ambil risiko yang sangat besar. Saya sewa office dan ambil staf admin walaupun sales ketika itu masih kecil dan struggle.
Bayangkan, saya dan suami tak ambil gaji. Duit jualan semua dilaburkan untuk mesin dan racun. Sampai diri sendiri kena ikat perut semula, hanya untuk pastikan bisnes ini terus hidup.

Titik Perubahan Selepas Sertai Mastermind

  1. Saya mula konsisten dengan media sosial.
  2. Belajar cara buat ads dan edit video dengan lebih berkesan.
  3. Pengurusan jadi lebih tersusun dengan dokumentasi yang baik.
  4. Team makin perform dan saya mula nampak hala tuju yang jelas.

Kalau dulu staf saya hanya 5 orang, sekarang sudah bertambah jadi 8 orang, dan insyaAllah akan tambah lagi untuk kembangkan bisnes.
Dari segi sales, tahun 2024 kami capai RM900 ribu, dan untuk tahun 2025 setakat Ogos sudah lebih RM500 ribu. Saya percaya angka ini akan terus meningkat bila strategi yang betul digunakan.

Saya sedar betapa pentingnya ilmu digital untuk semua usahawan. Dunia marketing sedang berevolusi dengan pantas. Kalau kita tidak ikut arus, kita akan ketinggalan dan sales akan stuck.

Bagi saya, rugi sangat kalau usahawan abaikan ilmu digital marketing. Sebab pada akhirnya, inilah kunci untuk kita terus bersaing dan memastikan bisnes kekal relevan.

Dari supervisor stesen minyak, kini saya mampu bina Eniqma Pest Control menjadi syarikat pest control yang lebih sistematik dan berkembang. Semuanya bermula dengan keberanian ambil risiko, dan kesungguhan belajar ilmu digital.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts