“Dulu Hanya Kuli Kilang di Kulim, Niat Nak Halalkan Isteri Jadi Permulaan Saya Berniaga”

Saya bermula sebagai seorang technician di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech, Kedah. Hidup saya masa itu biasa-biasa saja, cukup makan, cukup pakai. Tapi titik perubahan datang pada usia 26 tahun.

Semua bermula dengan niat nak cari duit tambahan untuk kahwin. Saya jadi ejen dropship jual telefon. Lepas kahwin, saya memang bercadang nak berhenti berniaga, tapi peliknya permintaan pelanggan tak pernah putus. Dari situ, saya nekad kalau ini jalan rezeki saya, saya akan buat betul-betul.

Masa paling struggle dalam hidup saya ialah waktu bertunang. Saya hanya ada simpanan sekitar RM500, tapi perlu kumpul RM20,000 dalam masa 7 bulan. Masa tu saya tak ada pilihan selain bekerja keras. Saya mula jual iPhone secondhand secara online, pasarkan di marketplace Facebook dan Instagram. Pernah juga kena scam pelanggan tukar iPhone clone dengan iPhone original saya. Memang pedih, tapi itu semua jadi pengajaran.

Keputusan paling besar yang saya ambil? Berhenti kerja kilang untuk buat bisnes full time. Ia bukan keputusan mudah, apatah lagi keluarga mertua biasa bekerja di sektor kerajaan. Tapi Alhamdulillah, mereka akhirnya beri sokongan penuh.

Sebelum sertai Mastermind, saya berniaga ikut rasa. Selepas sertai, saya mula faham strategi, marketing, dan analisis data untuk maksimumkan jualan. Dari segi pengurusan, saya belajar kepentingan SOP dan job description supaya bisnes lebih teratur.

  1. Alhamdulillah, bulan Julai saya berjaya capai target RM80,000 selepas hampir 6 bulan sales saya merosot.
  2. Dulu buat bisnes ikut nasib, tak ukur prestasi, pengurusan longgar sekarang ada strategi jelas, analisis data, sistem kerja yang teratur.

Sekarang zaman bisnes digital. Pelanggan hari ini buat survey online sebelum membeli. Kalau kita tak muncul di platform digital sebab kurang ilmu, bagaimana mereka nak jumpa kita?

Ilmu digital bukan pilihan, ia satu keperluan untuk kekal relevan.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts