Kalau dulu, nama Puan Fatin Sulaiman mungkin biasa-biasa saja dalam dunia bisnes. Beliau yang lahir dan membesar di Kedah, memulakan perjalanannya dengan syarikat HAWAA INDAH RESOURCES di Sungai Petani. Bisnes beliau adalah menjalankan cetakan printing pada produk merchandise untuk kegunaan korporat, swasta mahupun persendirian. Namun, empat bulan yang lalu, hidup Puan Fatin berubah total selepas dia tekad untuk keluar dari zon selesa dan mula dibimbing dalam program FunnelEvo. Beliau menjalankan perniagaan ini bersama kawan iaitu Puan Syahkinah Dazari.
Transformasi yang Mengagumkan
Lepas empat bulan dibimbing, Puan Fatin mula nampak sinar baru. Apa yang berubah? Banyak!
- Ada Target Bulanan.
Dulu, sales bulan-bulan pun tak ambil pusing. Tapi sekarang, setiap bulan wajib ada target yang perlu dicapai. Kalau dapat capai, team akan diberi insentif atau bonus. Dari situ, dia nampak semangat staf makin tinggi. - Berani Keluar dari Zon Selesa.
Dulu, Puan Fatin rasa tak yakin nak keluar dari Kedah. Tapi sekarang, beliau dah mula berani cari peluang di luar negeri—siap masuk tender untuk projek besar dengan GLC! Paling hebat, ada yang berjaya dia close deal. - Direct dari Kilang.
Kalau dulu, beliau bergantung pada supplier tempatan kerana risau MOQ. Sekarang, beliau terus ambil barang dari Kilang. Hasilnya, margin keuntungan naik mendadak. - Survey Mesin untuk Jadi Lain dari Lain.
Puan Fatin tak hanya duduk diam. Dia mula berfikir untuk melabur dalam mesin khas supaya produk syarikatnya lebih istimewa berbanding pesaing.
Guru-guru di FunnelEvo juga memberi panduan yang jelas, bukan sekadar teori. Hasilnya, Puan Fatin mula berani buat keputusan besar dalam bisnes.
Kini, Puan Fatin bukan lagi usahawan biasa-biasa. Dia adalah bukti bahawa kejayaan datang bila kita berani berubah dan yakin dengan bimbingan yang betul.
Jadi, kalau dia boleh, anda pun boleh!
FunnelEvo nak jemput anda ke Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.
Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan!