Nama saya Yusof Samsusah, pemilik YusofSamsusah Enterprise.
Kalau orang tengok saya sekarang ada bengkel sendiri, team 4 orang, dan jualan pernah cecah RM90,000 sebulan mungkin mereka tak sangka saya dulu pernah bermula dari kosong.
Permulaan Yang Tak Dirancang
Saya tak pernah plan nak jadi usahawan.
Dulu saya cuma pekerja biasa. Tapi bila hidup makin tertekan dan tiada pendapatan tetap, saya terpaksa buat keputusan besar berhenti kerja dan mula bisnes sendiri. Masa tu umur saya 32 tahun.
Bisnes pertama saya bukan pun apa yang saya buat sekarang.
Saya mula dengan kambing bakar. Tapi tak lama lepas tu saya sedar, minat dan kekuatan saya sebenarnya dalam servis aircond. Dari situ, saya mula semula kali ni dengan satu tool box dan meter saja.
Saya buat kerja dari rumah. Siang repair aircond, malam belajar dan buat posting sendiri di media sosial untuk cari pelanggan. Tak ada team, tak ada sistem semua saya buat seorang diri.
Cabaran Demi Cabaran
Masa tu, apa saja cabaran saya dah rasa.
Kadang pelanggan tak bayar. Kadang duit pusingan tak cukup.
Tapi saya tetap jalan. Sebab saya tahu, kalau saya berhenti, tak ada siapa akan tolong saya.
Saya terus konsisten sampai satu hari, alhamdulillah, berjaya buka bengkel sendiri.
Sekarang saya dah ada team 4 orang dan jualan purata sekitar RM60,000 sebulan malah pernah cecah RM90,000.
Kenapa Saya Sertai FunnelEvo?
Bila bisnes makin besar, saya sedar pandai buat kerja teknikal saja tak cukup.
Saya kena belajar urus syarikat, jaga aliran kerja, jaga team, dan kuasai marketing.
Sebab tu saya ambil keputusan sertai program FunnelEvo.
Perubahan Selepas Sertai FunnelEvo
Alhamdulillah, banyak perubahan lepas saya belajar:
1. Ilmu Struktur & Pengurusan
Saya dah tahu cara betul nak urus syarikat, susun sistem kerja & team.
2. Sales Naik Drastik di Bulan Puasa
Tahun 2024 sales RM50,000. Tahun 2025 sales RM80,000.
Saya konsisten buat 3 konten organik sehari & tambah iklan berbayar.
3. Sistem Follow Up & Blasting
Sekarang saya guna sistematik call & follow up closing rate naik banyak.
4. Automasi Kuasa+
Guna chatbot & sistem appointment sangat bantu masa bulan puasa bila pelanggan ramai.
Pesanan Saya Kepada Usahawan Lain
“Nak berjaya, kena ada guru. Jangan buat bisnes ikut suka hati.
Ilmu digital ni bukan pilihan ia keperluan.”
Kalau saya yang dulu hanya ada tool box dan meter pun boleh bina bengkel sendiri,
anda pun boleh. Yang penting belajar, bertindak, dan jangan berhenti.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
